Monday, April 08, 2019

SIS Gesa Amalan Bersunat Diharamkan. PH Penaung Puak 'Bahlol Islam'!




LGBT tidak pula dilarang walaupun dalil pengharamannya jelas

1. SISTERS in Islam menggesa supaya amalan sunat bayi perempuan diharamkan. Menurut mereka, amalan sunat yang diamalkan oleh umat Islam ini tidak mempunyai faedah dari aspek perubatan.
2. Dari aspek hukum, amalan sunat ke atas bayi perempuan adalah termaktub di dalam syarak. Rasulullah bersabda dalam sebuah hadith sahih:
وَمَسَّ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ
“Dan apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan wanita, ertinya jimak) maka wajiblah mandi.” (HR Muslim)
Hadith ini menggambarkan bagaimana yang berkhatan itu bukan sahaja lelaki bahkan perempuan.
3. Perkara ini disokong oleh hadith Ummu Atiyyah yang menyebutkan:
حديث أم عطية رضي الله عنها قالت: إن امرأة كانت تختن بالمدينة، فقال لها النبي صلى الله عليه وسلم: “لا تنهكى، فإن ذلك أحظى للزوج، وأسرى للوجه”
“Ummu Atiyyah berkata: Sesungguhnya para wanita (mengamalkan) khatan di Madinah, lalu Rasulullah berpesan: Janganlah engkau potong semuanya, kerana itu menguntungkan bagi wanita dan disukai oleh suami.” (HR Abu Daud)
4. Hadith yang hampir sama juga diriwayatkan oleh Ummu Habibah. Ummu Habibah terkenal dengan tugasannya sebagai bidan dalam perkara ini. Rasulullah bertanya tentang perbuatannya menjalankan khitan perempuan. Lalu Ummu Habibah berkata:
إلا أن يكون حراماً فتنهانى عنه، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “بل هو حلال، فادني منى حتى أعلمك”
“Kata Ummu Habibah: Sekiranya (berkhatan wanita) adalah haram, maka Rasulullah sudah pasti melarangku (dari melakukannya). Bahkan Rasulullah berkata: Ia adalah sesuatu yang halal. Dan Rasulullah memanggil Ummu Habibah lalu berkata: Mari dekat sini, aku ingin berpesan kepadamu tentangnya.” Lalu Rasulullah mengajar Ummu Habibah perkara yang sama seperti yang dinyatakan oleh Ummu Atiyyah dalam hadith di atas (no 3). (HR al-Bayhaqi)
5. Dalam mazhab al-Syafie pula, hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib mengikut pendapat yang masyhur dan seperti mana yang diputuskan oleh Imam al-Syafie. Imam al-Rafie daripada Syafieyyah ada menyebutkan suatu wajah (pendapat) dalam mazhab Syafie bahawa hukumnya sunat ke atas wanita, tetap pendapat ini dianggap syadz (ganjil).
Imam Ahmad turut menyatakan kewajipannya tetapi Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan majoriti ulama menyatakan ianya sunat.

(Rujuk Majmu’ Syarh al-Muhazzab (1/300-301) oleh Imam al-Nawawi)

6. Menurut Mufti Wilayah persekutuan, hukum khitan bayi perempuan ini adalah wajib. Beliau menyebutkan:
“Kami mentarjihkan (mengutamakan/mengesahkan) pendapat bahawa wajib hukumnya berkhatan bagi lelaki dan perempuan.”
(Sumber: http://www.muftiwp.gov.my/…/1336-al-kafi-419-hukum-berkhata…)
7. Benarkah isu sunat bayi perempuan ini mempunyai masalah dari aspek perubatan? Perkara ini telah dijelaskan oleh Prof Dr. Rafidah Hanim dan Dr. Saadah Khair, sahabat-sahabat kami di USIM. Sila baca artikel mereka: https://www.malaysiakini.com/news/461775
7. Akhir sekali, banyak betul perkara yang berkaitan dengan Islam mula dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu. Amalan khatan yang ada dalil pensyariatannya turut mula ingin dibincangkan semula atau dilarang. Yang menghairankan, amalan LGBT tidak pula dilarang sedangkan dalil pengharamnya adalah jelas.
Moga Allah membimbing kita semua.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.  
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan PH adalah penaung dan pembela puak-puak bahlol Islam seperti SIS dan yang sekandang babi dengannya..

1 comment:

Anonymous said...

Sisters in Sins (SIS) adalah NGO liberal yang sesat lagi menyesatkan dan bertopengkan 'Islam' untuk menyesatkan dan memurtadkan umat Islam dengan kerjasama, sokongan dan bantuan parti munafik liberal dan parti kafir harbi DA-Pigs.

Ini terbukti apabila Pakatan Hancing pimpinan parti rasis kafir harbi membiarkan SIS bebas menafikan hak umat Islam dan menghina ajaran Islam, perjuangan Islam, institusi Islam , parti Islam yang berjuang untuk menegakkan agama Islam dan membela hak umat Islam yang jelas membuktikan Pakatan Hancing bersekongkol dengan SIS !

Oleh sebab itulah jawatankuasa fatwa telah membuat fatwa bahawa SIS adalah sesat lagi menyesatkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails