ANTARA syarikat elektrik dan elektronik antarabangsa yang didakwa akan memindah, mengecil dan menutup operasi masing-masing di Pulau Pinang dari semasa ke semasa. - UTUSAN ONLINE
Pelabur asing lari, apa Kerajaan Negeri P. Pinang buat?
PULAU PINANG 10 April - Parti Gerakan melahirkan kebimbangan dengan trend syarikat asing yang meninggalkan negeri ini termasuk memindahkan, mengecil dan menutup operasi kilang masing-masing.
Timbalan Presidennya, Oh Tong Keong berkata, menerusi maklumat yang diperoleh pihaknya, sekurang-kurangnya 10 syarikat elektrik dan elektronik yang berpangkalan di negeri ini akan mengambil langkah tersebut secara berperingkat.
Tambahnya, keadaan itu sangat membimbangkan kerana bukan hanya boleh memberi kesan kepada ekonomi negeri, malah menyebabkan ramai penduduk negeri ini kehilangan pekerjaan.
Sehubungan itu, beliau mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang khususnya syarikat pelaburan Invest Penang menjelaskan mengenai usaha-usaha yang diambil bagi mengatasi masalah tersebut.
“Apa yang menghairankan kerajaan negeri baru-baru ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penasihat Pelaburan Strategik Pulau Pinang yang membariskan nama-nama besar dalam sektor industry.
“Tetapi mengapa meskipun dengan penubuhan jawatankuasa ini, para pelabur asing tetap memilih untuk meninggalkan negeri ini?” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, Tong Keong yang juga Pengerusi Gerakan negeri berkata, kerajaan negeri juga perlu merangka pelan untuk membantu pekerja yang terpaksa diberhentikan ekoran penutupan kilang-kilang asing tersebut.
Katanya, mereka yang hilang pekerjaan itu perlu dipastikan mendapat majikan baharu dengan segera bagi mengelak pelbagai masalah sosioekonomi lain yang akan menjejaskan kestabilan negeri ini secara jangka masa panjang. – UTUSAN ONLINE
2 comments:
T.kasih Ibnu Hasyim, kerana mempersembahkankan artikel2 yang hebat dan mantab.
Patut cabut pun. Ringgit masih jatuh. Ekonomi makin teruk sejak ph jadi menteri. Rasuah guan eng pun boleh main tarik tarik.
Post a Comment