PEMAIN Malaysia (baju putih) ketika menentang Filipina dalam perlawanan kedua Piala Dunia FIT Touch 2019 di Taman Ekuestrian Putrajaya, hari ini. Malaysia menang 4-3.
SUKAN
Wanita Malaysia bangkit selepas dibelasah
PUTRAJAYA 30 April 2019 - Pujian wajar diberikan buat skuad FIT Touch wanita negara apabila berjaya meraih kemenangan sulung dengan menjinakkan Filipina 4-3 pada Piala Dunia FIT Touch 2019 di Taman Ekuestrian Putrajaya, di sini hari ini.

Dalam aksi pusingan round robin kategori Wanita Terbuka itu, skuad kendalian Amir Affifuddin berjuang bermati-matian bagi memburu tiga mata berharga selepas terlebih dahulu dibelasah pasukan pilihan, New Zealand dengan keputusan 0-14 pada aksi sebelah pagi.
Apa yang pasti, kemenangan itu jelas menyuntik semangat skuad negara menjelang pertemuan berdepan Amerika Syarikat dan Wales dalam aksi seterusnya esok.
“Alhamdulillah, barisan pemain dilihat segera melupakan kekecewaan ditumpaskan New Zealand apabila akhirnya berjaya mengatasi Filipina sekali gus menghadiahkan kemenangan sulung buat Malaysia dalam kejohanan ini. (-Suntingan dari berita sukan.)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gambar di atas, pemain Malaysia (baju putih) ketika menentang Filipina dalam perlawanan kedua Piala Dunia FIT Touch 2019 di Taman Ekuestrian Putrajaya, hari ini. Malaysia menang 4-3.
Wajarkah mereka berpakaian begitu mewakili negara umat Islam yang dalam perlembagaanya tertera 'Islam Agama Bagi Persekutuan'??
Maaf, sekadar membuka minda biar berfikiran bebas dari terperap di bawah tempurung penjajah!
1 comment:
Wajarkah mereka berpakaian begitu mewakili negara umat Islam yang dalam perlembagaanya tertera 'Islam Agama Bagi Persekutuan'??
Jawapan:
Tidak wajar kerana pakaian tidak sopan itu tidak sesuai dengan perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Post a Comment