KUALA LUMPUR 5 Mei - Polis menahan 15 wanita warga asing yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran di sebuah premis yang berselindung di sebalik pusat refleksologi, di Jalan Hj. Yaakub, Kampung Air, Kota Kinabalu awal pagi tadi.
Memetik Berita Harian, serbuan Op Noda bermula pukul 12.30 tengah malam hingga 4 pagi itu dijalankan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya menyerbu premis refleksologi tersebut selepas menerima maklumat mengenai kegiatan pelacuran dijalankan warga asing di situ.
“Hasil serbuan itu, kami menahan 12 wanita warga China manakala tiga lagi warga Filipina yang disyaki pelacur di dalam bilik yang berbeza di tingkat satu, dua, tiga dan empat.
“Ketika serbuan dilakukan, di setiap bilik tingkat satu dan dua didapati empat wanita berpakaian separuh bogel dan tiga berpakaian lengkap berada di dalam bilik bersama dengan empat lelaki disyaki pelanggan,” katanya.
Habibi berkata, soal siasat awal yang dijalankan ke atas setiap pelanggan mendedahkan semua suspek menawarkan perkhidmatan urut badan, onani dan seks dengan kadar bayaran berbeza bagi setiap kali langganan iaitu RM75, RM159 dan RM250.
“Dalam serbuan itu juga, anggota polis merampas dua kondom dan dua telefon bimbit daripada suspek terbabit.
“Semua suspek berusia 27 hingga 42 tahun bersama pelanggan dan barang rampasan di bawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebab utamanya berlaku ialah kerana tiada undang-undang larangan melacur atau berzina seperti dalam sistem perundangan Islam. Dalam undang-undang sivil di Malaysia, zina asal 'suka sama suka' tiada salahnya. Maka bergembiralah iblis laknatullah dan kuncu-kuncunya!
Bolehkah kerajaan ph selesai masalah ni, sedangkan pada masa yg sama sokong lgbt?
ReplyDeletePh adalah pencetus lgbt. Pm dalam penantian adalah adalah salah seorang pengamalnya. Dah dipenjara dua kali.
ReplyDeleteKalaulah peliwat jd pm, mana nak letak muka? Apakah tuanku setuju seorang yg rosak akhlaq jadi pentadbir? Mana ada negara dlm dunia pemimpinnya ada jenayah sex?
ReplyDeletePadam rekod mahkamah pun tiada guna, sebab seluruh dunia dah tahu. Pergi ke negara lgbt adalah tindakan yg paling sesuai.
Bulan Ramadhanlah bulan yang mana umat Islam digalakkan untuk membasmi segala kemaksiatan, membasmi segala kebatilan, sudah tentu pahalanya berganda2.
ReplyDeleteKalaulah malaysia ikut statut rom, dapat pm yg tak berakhlaq, macam mana? Simbol islam dan melayu pada tubuh bernyawa mesti ada juga, dalam konteks di malaysia. Majlis raja2 adalah majlis bukan satu kepala, berbanding pm yg boleh jadi diktator. Boleh rosak negara bila pmnya rosak. Raja2 melayu adalah simbol kedudukan melayu dan islam di tanah airnya sendiri.
ReplyDeleteAnak buah ikut etika pemimpin. Kalau pemimpin tidak berakhlaq, anak buah sama tidak berakhlaq. Kalau pemimpinnya suka memfitnah, anak buah pun sama. Jika bahasa pemimpinnya tiada sopan, anak buah pun sama. Pemimpin suka lgbt, anak buah pun sama. Jiwa yang sama selesa berkumpul dalam sebuah kumpulan atau satu parti.
ReplyDelete