SEKUMPULAN bekas penuntut Universiti Ohio State menyaman universiti itu selepas tidak mengendahkan dan gagal menghalang perbuatan penderaan seksual oleh Richard Strauss. - AFP
177 penuntut alami penderaan seksual
NEW YORK 18 Mei - Hampir 180 orang penuntut lelaki yang mengikuti pengajian di Universiti Ohio State mendakwa didera secara seksual oleh seorang bekas doktor pada lebih dua dekad lalu.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pentadbiran universiti berkenaan, kakitangan yang bertugas ketika itu mengetahui tentang perkara tersebut namun gagal untuk mengambil tindakan.
Lapor Reuters, suspek, Dr. Richard Strauss didakwa mendera sekurang-kurangnya 177 penuntut ketika beliau berkhidmat sebagai ahli fizik di Jabatan Atlet dan Pusat Kesihatan universiti tersebut dari 1978 hingga 1998.
Kakitangan universiti sedia maklum tentang perbuatan Strauss pada 1979 namun aduan penuntut tidak disampaikan kepada pihak pentadbiran dan pegawai kanan atlet atau Jabatan Kesihatan sehingga tahun 1996.
Ketika itu, universiti berkenaan memecat Strauss selepas seorang penuntut mendakwa dia dicabul ketika peperiksaan.
“Pendedahan itu amat mengejutkan dan sukar untuk diterima. Kegagalan institusi kami ketika itu menyekat penderaan adalah tidak boleh diterima.
“Begitu juga dengan usaha yang tidak mencukupi untuk menyiasat aduan,” jelas Presiden Universiti Ohio State, Michael Drake dalam satu kenyataan permohonan maaf kepada semua mangsa.
Dalam pada itu, mangsa penderaan yang kini bergelar alumni, Kent Kilgore berkata, dia mahu pihak universiti mengambil tanggungjawab sepenuhnya.
Terdahulu, sekumpulan bekas penuntut yang mendakwa menjadi mangsa Strauss, memfailkan dua tuntutan saman Persekutuan terhadap universiti itu.
Strauss dilaporkan membunuh diri pada 2005.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah bukti gagalnya, 'negara maju', konon.
5 comments:
“Dalam sekawah gulai daging yang dimasak penuh dengan daging yang suci dan diletakkan seketul daging babi didalamnya itulah perumpamaan kerjasama UMNO dan MCA”.
[Kenyataan PAS ogos 1980].
Dikatakan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China, kenapakah pelabur keluar dari Malaysia dan ringgit bertambah lemah, walhal negara serantau lain seperti Indonesia dan Thailand, ekonomi makin mengukuh. Kenyataan dangkal guan eng hanyalah “general answer” untuk menutup kegagalan diri sendiri.
Terbaru, pengumuman FDI, “Foreign Direct Investment” atau pun pelaburan langsung asing, dibuat dengan retorik menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan memperbaiki ekonomi negara sejak pemerintahan Barisan Nasional. Lim Guan Eng mengumumkan Malaysia telah mencapai pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi dalam sejarahnya.
Kaki bohong juga menteri kewangan.
DAP menggunakan kebebasan bersuara tanpa batasan dan kawalan untuk mengutuk dan menghina bangsa Melayu dengan kata-kata kesat dan mengaibkan dalam perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur dengan membawa sepanduk dan pembesar suara.
Itu hanya baru 12 tahun selepas kaum Cina diberi taraf kerakyatan penuh melalui dasar ‘jus soli’ sebagai salah satu syarat utama British untuk kemerdekaan.
Pemimpin parti dap berusia 53 tahun itu didakwa telah menghantar mesej berbau ugutan kepada Mazlan menerusi aplikasi WhatsApp pada Khamis lepas, yang dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap tindakan polis di IPD itu.
Difahamkan ia ekoran tindakan polis merampas dan menahan rokok dan minuman keras tidak bercukai yang didakwa dijual oleh seorang lelaki, yang turut mempunyai jawatan dalam parti dap.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad yang mengesahkan penahanan suspek menambah dia telah dilepaskan dengan jaminan polis selepas selesai proses rakaman percakapan pada petang semalam.
Dalam parti pun ada penjual haram. Memang haram jadah.
Post a Comment