MOHAMED Azmin Ali menyampaikan sumbangan duit raya kepada kepada anak-anak yatim sambil diperhatikan Pengerusi RISDA, Rosely Kusip pada Majlis Iftar Ramadan RISDA 2019 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/FARID JANUDIN
KUALA LUMPUR 14 Mei - Segala pertuduhan yang didakwa terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1998 merupakan pertuduhan politik.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, atas sebab itu persoalan yang dibangkitkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan terhadap Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu sebagai tidak adil dan tidak bertanggungjawab.
Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata, Anwar telah mengambil sikap bertanggungjawab dan terbuka dengan bersedia menjalin kerjasama serta muafakat dengan semua pihak demi kepentingan negara serta masyarakat.
“Saya kira kenyataan itu tidak bertanggungjawab dan tidak adil kerana umum sedia maklum pertuduhan terhadap Anwar semenjak 1998 itu merupakan pertuduhan politik yang akhirnya telah membawa kepada pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong.
“Walaupun kita mempunyai pandangan politik yang berbeza tetapi kita harus berpegang pada fakta dan kenyataan bahawa kemelut (pertuduhan) ini telah diselesaikan dengan cara yang baik demi kepentingan negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Mohamed Azmin menyampaikan sumbangan duit raya kepada 30 anak yatim dan beberapa kakitangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), di sini.
Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak menasihatkan agar semua pihak menjaga kesucian bulan Ramadan dengan tidak mereka cerita.
“Saya kira di bulan Ramadan ini eloklah kita menjaga adab dan sopan selain paling penting mengukuhkan ukhwah agar keluar daripada bulan ini kita menjadi umat berjaya bukan hanya daripada aspek ekonomi, politik tetapi memiliki sahsiah keperibadian yang mulia,” katanya.
Pada Jumaat lalu, Takiyuddin dalam ceramah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, Sabah, mempersoalkan sama ada rakyat mahu seorang bekas banduan seperti Anwar sebagai bakal Perdana Menteri.
Semalam, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu itu mempertahankan kenyataannya itu kerana telah meneliti perkara tersebut berdasarkan fakta dan undang-undang. - UTUSAN ONLINE
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
11 comments:
Ader aku kisah?
Janji boleh makan dedak 90 juta....
Fotostat gelap. Tak nampak sapa bagi duit. Bekas banduan ternyata hebat memimpin dengan palsu dan dongengan. Apa pun banduan politik dengan banduan liwat jauh bezanya.
Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara ke atas pemimpin liberal parti mata satu (dajjal?) berdasarkan bukti dan saksi dan orang yang kena tuduh pula gagal menimbulkan sebarang keraguan maka tidak timbul isu tuduhan politik.
Nampaknya pemimpin-pemimpin Pakatan Hancing cuba menegakkan benang basah dengan menghina mahkamah.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Hancing muka tembok. Sudah kencing rakyat pun masih mahu kencing lagi. Dasar munafik.
Adakah wajar bekas banduan menjadi pemimpin negara? Jawapan: Amat tidak wajar!
Yang kebetulan kena tuduh dan didapati bersalah dihukum dengan caci cela. Bagaimana yang buat salah tetapi berlindung disebalik kuasa yang ada.... tak dituduh malah dilindungi. Disokong dan dianggap bersih?... Tak perlu nk menambah dosa sedia ada. Kebenaran akan keluar jua akhirnya... Jangan tertipu dengan fitnah dan godaan sementara di dunia ini. Kita ke akhirat jua akhirnya...
Bagaimana yang buat salah seperti banglo terlajak diskaun dan skandal terowong dan skandal rasuah lain tetapi berlindung disebalik kuasa yang ada.... tak dituduh malah dilindungi. Disokong dan dianggap bersih?... Tak perlu nk menambah dosa sedia ada. Kebenaran akan keluar jua akhirnya apabila Pakatan Hancing kalah dalam PRU 15.
Jadi banduan dgn tuduhan yg di fitnah....saksi di halang...
Kenape halang saksi dr osman beri keterangan?....ini ke keadilan untuk penjarakan anwar..
Dr. Osman pertahan akuan bersumpah periksa Saiful
pemudaumno
11 years ago
Advertisements
Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid, doktor perubatan pertama yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, muncul semula hari ini selepas menghilangkan diri lebih sebulan dengan mempertahankan kandungan akuan bersumpahnya bahawa tiada kesan dia diliwat.
Sambil mempertahankan kandungan laporan bersumpah itu, Dr. Mohamed Osman berkata, beliau mahu menyatakan keadaan sebenar berhubung dengan akuan bersumpah tersebut.
Pada sidang media di Majlis Peguam hari ini, beliau berkata, pemeriksaan yang dijalankan olehnya menunjukkan tiada kesan Saiful dilihwat.
Akuan bersumpah beliau telah dihebahkan secara meluas pada 28 Julai lali dalam laman web Malaysia Today, yang telah disambung perkhidmatannya semalam selepas dikenakan halangan kira-kira seminggu.
Kata Dr. Mohamaed Osman, akuan bersumpah tersebut adalah dibuat oleh beliau sebelum meninggalkan Malaysia.
Dr. Mohamed Osman merupakan rakyat Myanmar telah berkhidmat di beberapa hospital di negara ini lebih satu dekad.
Beliau bagaimanapun menegaskan, penyebaran akuan bersumpah tersebut adalah di luar pengetahuannya.
Dalam akuan bersumpahnya itu, Dr. Mohamed Osman tetap berpegang kepada laporan perubatan berhubung pemeriksaan yang dilakukan ke atas Saiful.
Dr. Mohamed Osman berkata, beliau telah mengambil cuti ekoran tekanan yang dialaminya selepas disoal siasat oleh polis.
Anon 6:01 AM ,
Mengapa peguam bela Nua tidak memanggil Dr. Mohamad sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat?
Adakah peguam Nua tidak percaya pada keterangan doktor tersebut?
Kamu barua dedak cap roket 5:57 AM telah menfitnah dan menghina mahkamah. Peguam Nua bebas memanggil saksi pembelaan untuk memberi keterangan dalam mahkamah.
Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara ke atas Nua berdasarkan bukti dan saksi dan kegagalan Nua untuk menimbulkan keraguan dalam kes ini.
Hakim tersebut telah membuat keputusan yang tepat kerana mahkamah yang lebih tinggi tidak membatalkan keputusan hakim tersebut.
Siapakah PM pada waktu tersebut? Mengapa kamu takut mengkritik PM tersebut? Nampaknya kamu bersikap hipokrit.
Post a Comment