Sunday, May 05, 2019

Bantah Penerusan DLP, Jelmaan Semula PPSMI -Prof Ir Dr Wan Ramli



AKADEMI Sains Islam Malaysia (ASASI) meyakini bahawa orang Melayu yang berbahasa Melayu telah memiliki pemikiran saintifik dalam pelbagai bidang sejak mulanya zaman tamadun Melayu kira-kira dua puluh abad yang lalu. Kajian Etnosains Melayu ASASI telah membuktikan kenyataan ini.
Kami dari ASASI bersama dalam Himpunan Ummah ini membantah sekeras-kerasnya penerusan DLP  (Dual Language Programme)yang merupakan jelmaan semula PPSMI, pelaksanaan semula PPSMI dan pengiktirafan UEC kerana:
1) Penerusan DLP, pelaksanaan semula PPSMI dan pengiktirafan UEC melanggar Perlembagaan Persekutuan, Akta dan Dasar Negara seperti berikut:
a) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara.
b) Akta Bahasa Kebangsaan yang mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
c) Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tunggal dalam semua peringkat sistem pendidikan.
2) Pelaksanaan PPSMI 2003-2012 telah menurunkan secara mendadak prestasi pelajar Malaysia dalam penilaian antarabangsa TIMSS dan PISA:
a) Kajian Trends in International Mathematics and Science Studies (TIMSS) dari tahun 1999-2011 menunjukkan penurunan prestasi pelajar Malaysia bagi Sains dan Matematik sewaktu pelaksanaan PPSMI dan meningkat kembali pada tahun 2015 selepas PPSMI batal sepenuhnya.
b) Kajian Program for International Students Assessment (PISA) dari tahun 2009-2015 menunjukkan prestasi pelajar meningkat setelah PPSMI dibatalkan pada tahun 2009 dan batal sepenuhnya pada 2012.
3) Pelaksanaan PPSMI 2003-2012 telah menimbulkan persepsi negatif di kalangan pelajar Malaysia tentang kesukaran mata pelajaran sains dan matematik sehingga menyebabkan ramai pelajar enggan memilih aliran sains tulen.
a) Peratus kemasukan pelajar ke aliran sains tulen mendatar sekitar 30% ketika pelaksanaan PPSMI kerana mereka dipaksa memilihnya bagi kelangsungan PPSMI.
b) Peratusan itu menurun kepada sekitar 20% akibat persepsi pelajar bahawa aliran sains tulen susah walaupun PPSMI sudah batal sepenuhnya.
c) Masa depan kira-kira 4 juta murid telah dirisakkan akibat PPSMI. Data TIMSS dan PISA menunjukkan dengan jelas PPSMI gagal meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka dalam Bahasa Inggeris dan dalam Sains dan Matematik.
Apakah kita masih mahu meneruskan lagi dosa pemerintah terdahulu dalam hal ini?
Kita sering mengangkat dan berbangga Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa Lingua Franca, Apakah ia masih gagal membentuk pemikiran saintifik orang Melayu zaman berzaman?
Tepuk dada, tanya akal fikiran kita!
Bantah! Bantah! PPSMI!

Bantah! Bantah! Iktiraf UEC!

PROF IR DR WAN RAMLI WAN DAUD

Presiden Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) - HARAKAHDAILY 4/5/2019

5 comments:

  1. Ayat akhir itu sepatutnya ditulis begini Prof.,

    Bantah! Bantah! Bantah DLP!, sebab PPSMI sudah tiada Prof!

    Bantah! Bantah! Bantah Iktiraf UEC!

    Kata bela Bahasa Melayu, meulis kata seruan pun salah, apa hal? Ini bukti BUKAN semua Profesor tahu semua perkara.

    Begitu juga kita semua, bukan Profesor Serba Tahu! Bukankah begitu Tuan Editor Ibnu Hasyim?

    ReplyDelete
  2. *meulis ~ typing error

    sepatutnya dieja ~ menulis ~

    Harap maaf Tuan Editor.

    ReplyDelete
  3. Cikgu kena pandai english terlebih dahulu sebelum nak ajar budak2 math n sains guna english.
    Cikgu english pun lintang pukang inikan pula cikgu sains n math yg bukan optionist.

    ReplyDelete
  4. Pakatan Hancing cintakan zaman penjajah dimana si kulit sawo, hitam dan kuning suka menjadi kuli orang putib.

    ReplyDelete
  5. Tak paham dgn mereka. Kalau a/bangsa nak ikut omputih. Kalau kat malaysia nak ikut dap. Mana jati diri islam dan melayu.

    ReplyDelete