GABUNGAN gambar merakamkan detik-detik sebelum dan selepas Arnold Schwarzenegger ditendang oleh seorang lelaki dari arah belakang dalam satu kejadian di Johannesburg, Afrika Selatan, kelmarin. AGENSI
HALAMAN HIBURAN
Schwarzenegger ditendang di Afrika Selatan
JOHANNESBURG 19 Mei – Bintang Hollywood, Arnold Schwarzenegger diserang oleh seorang lelaki yang menendangnya ketika mengacarakan satu program kesukanan di Afrika Selatan, semalam.
Lapor CNA Lifestyle, atlet bina badan dan bekas ahli politik itu sedang berbual dengan peminatnya di Pusat Konvensyen Sandton di sini apabila seorang lelaki secara tiba-tiba menendangnya dari belakang.
“Terima kasih atas keprihatinan anda semua, namun tiada apa yang perlu dibimbangkan.
“Saya hanya menyedari bahawa saya ditendang selepas melihat semula video yang dirakam peminat,” kata bintang berusia 71 tahun itu.
Bintang filem ‘Terminator’ itu berada di Afrika Selatan bagi menghadiri acara tahunan Arnold Classic Africa, sebuah festival pelbagai sukan.
Dalam pada itu, pihak penganjur memaklumkan bahawa suspek penyerang berkenaan sudah ditahan dan dia diburu polis sebelum ini atas kesalahan yang sama.
Schwarzenegger pula memaklumkan bahawa dia enggan mendakwa lelaki berkenaan. – AGENSI
Memang wajar pelakon ditendang kerana dia menyokong rejim pengganas Israel melakukan rompakan, keganasan dan pembunuhan ke atas rakyat Palestin.
ReplyDeleteSetakat ini kita belum melihat pemimpin-pemimpin DA-Pig mengutuk rejim pengganas Israel kerana selama ini DA-Pig menerima dedak dari Israel.