AZIH MUDA (tengah) dan K. Palanisamy (berdiri tiga dari kiri) beramah mesra dengan media-media yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa MyCuepacsCare bersama Media di Hotel Sheraton di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ FARID JANUDIN
KUALA LUMPUR 15 Mei - Kadar caj perubatan di hospital swasta kini semakin tinggi sehingga disifatkan tidak masuk akal dan berkemungkinan wujud unsur penipuan yang boleh membebankan pengguna.
Malah, kos tersebut yang semakin meningkat memberi kesan kepada penjawat awam dan masyarakat yang perlu membayar peningkatan premium insurans atau takaful.
Sehubungan itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda menggesa kerajaan menetapkan garis panduan kepada semua hospital swasta untuk mengenakan sebarang caj perubatan.
"Ada trend peningkatan mendadak kepada caj perbuatan di hospital swasta . Bayangkan ada yang kenakan bayaran walau sebatang jarum dan sehelai benang sekalipun. Kerajaan galakkan rakyat untuk ambil insurans. Akan tetapi, ia tidak memberi apa-apa jika tidak ada dasar yang baik.
"Penjawat awam juga ada yang perlu tambah premium sendiri kerana caj yang dikenakan semakin hari semakin tinggi.Ini akhirnya membuatkan mereka tidak mampu pada masa akan datang.
"Jadi kita minta kerajaan merangka dasar tertentu untuk mengawal caj hopital swasta,” katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis Iftar Ramadan CEUPACS dan Media bersama Kakitangan Kumpulan Mediacare di sini hari ini .- UTUSAN ONLINE
2 comments:
Caj lama cuma bagi kaya raya maa...mana cukup...kita mau kaya raya raya raya maaa...
Gomen jgn marah haaa...bila kita capitaik eh soli2 capitanlis kaya rayap, itu cukai sykt boleh kutip manyak kasi bikin bayau itu hutang 50mdb maaaaaaaa. Ok lorrrr...
Lu bayak mahal nanti lu boleh sihat ma. Bila lu dapat bil hospital swasta, lu kena heart attack. Masuk satu kali lagi hospital swata, lu mati ma sebab lu terkejut tengok bil RM250 k ma. Hospital swasta lintah darat.
Post a Comment