BEBERAPA pasangan dicekup ketika berkhalwat dalam satu operasi yang dilakukan pihak JAIJ di hotel-hotel sekitar Taman Perling, Teluk Danga dan Larkin, Johor Bahru, malam tadi. - UTUSAN ONLINE
JOHOR BAHRU 1 Mei - Menggunakan alasan sakit perut dan terpaksa menginap di hotel - itu taktik dan rayuan seorang janda beranak dua minta dibebaskan apabila dicekup Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) ketika berkhalwat dengan pasangannya malam tadi.
Wanita berusia 43 tahun ditahan bersama-sama pasangannya berusia 31 tahun dalam serbuan dilakukan pihak JAIJ di sebuah hotel di Teluk Danga di sini kira-kira pukul 11 malam.
Bagaimanapun anggota dan pegawai penguat kuasa tidak mengendahkan alasan dan rayuan janda tersebut sebelum menahan pasangan berkenaan.
Operasi pihak JAIJ itu dilakukan di hotel-hotel sekitar kawasan Taman Perling, Teluk Danga dan Larkin bermula pukul 9 malam sehingga 12 tengah malam.
BEBERAPA pasangan dicekup ketika berkhalwat dalam satu operasi yang dilakukan pihak JAIJ di hotel-hotel sekitar Taman Perling, Teluk Danga dan Larkin, Johor Bahru, malam tadi. - UTUSAN ONLINE
Operasi tersebut turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Hal Elwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan negeri, Tosrin Jarvanthi.
Memurut Tosrin, wanita berkenaan merupakan antara 10 individu yang ditahan berkhalwat oleh JAIJ dan cuba melepaskan diri dengan memberin alasan sakit perut.
“Wanita terbabit mendakwa dia mengalami sakit perut dan terpaksa menginap di hotel. Pasangannya kemudiannya membantunya dengan membeli ubat.
“Itulah antara alasan yang diberikan pasangan terbabit tinggal di bilik hotel bajet yang terletak di Danga,” katanya ketika ditemui selepas operasi JAIJ.
Operasi terbabit melibatkan 19 anggota dari Bahagian Penguatkuasaan JAIJ.
Tosrin menambah, kesemua individu berusia lingkungan 18 hingga 43 tahun yang ditahan dalam operasi bersempena cuti Hari Buruh itu dibawa ke Ibu pejabat JAINJ untuk tindakan lanjut.
“Kesemua mereka akan dijamin oleh waris masing-masing sebelum menunggu proses pendakwaan,” katanya.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 (1) A dan B, Enakmen Kesalahan Syariah Johor 1997 yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit dengan kesalahan. - UTUSAN ONLINE
Tahniah dan Syabas kerajaan PH
ReplyDeleteWell done....
Syabas, tp lgbt,hak islam, raja raja dan melayu jangan lupa pulak.
ReplyDeleteTak lupa justru semakin ter jaga
DeleteSijil uec pun jangan lupa, sebab sijil tu berasal dari negara cina dan untuk kepentingan orang cina saja. Yg belajar sekolah cina jer ada sijil ni. Tapi seluruh rakyat malaysia terpaksa tanggung masalah ni dan kementerian pendidikan malaysia pun tidak menguruskan pensijilan ini. Sangat rasis pengurusannya bila ada satu standard yang tidak mahu akur sistem di malaysia.
ReplyDelete