KUALA LUMPUR: Lebih 80 usahawan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) diperdaya perunding atau orang tengah untuk mendapatkan sijil halal dengan jumlah kerugian lebih RM100,000 sejak empat tahun lalu.
Lebih menyedihkan, sebahagian besar daripada mereka usahawan di luar bandar yang kurang maklumat mengenai prosedur dan mengharapkan bantuan pihak ketiga memperoleh dokumen berkenaan.
Pengerusi Halal DPMM, Ahmad Hussein Tajuddin berkata, ada antara mereka dikenakan bayaran sehingga RM20,000, namun tidak menerima sijil halal seperti diharapkan selepas perunding menghilangkan diri.
“Kita terima banyak kes seperti ini. Kebanyakannya tidak tahu Jakim tidak melantik perunding untuk tujuan ini. Mereka dipelawa untuk mendapatkan sijil itu kononnya sebagai jalan mudah.
“Tapi sebenarnya itu tidak berlaku. Prosedurnya mudah dan tidak perlu ke kaunter pun. Mereka yang mendakwa itu dan ini kononnya prosedur susah sebenarnya hanya ingin mengaut untung atas angin.
“Tapi sebenarnya itu tidak berlaku. Prosedurnya mudah dan tidak perlu ke kaunter pun. Mereka yang mendakwa itu dan ini kononnya prosedur susah sebenarnya hanya ingin mengaut untung atas angin.
“Sepanjang berurusan dengan Sekretariat Halal Malaysia, tidak ada isu berbangkit mengenai perkara itu,” katanya.
Bagi mengatasi isu berkenaan, Ahmad Hussein berkata, pihaknya menganjurkan Mudah Cara Halal kepada usahawan DPMM bagi memudahkan mereka memohon sijil halal selepas ini.
Katanya, sesi taklimat diberikan bagi memastikan semua prosedur dipatuhi selain praaudit dan bengkel untuk mengisi secara online seperti mana ditetapkan.
“Kami ada 5,000 ahli di seluruh negara dan setiap tahun kita adakan program ini beberapa kali untuk memberi kefahaman kepada ahli. Alhamdulillah, kesedaran itu sudah mula ada, jadi kita harap dapat diperluaskan lagi kepada semua pihak.
“Cuma yang mereka perlu tahu, prosedur ditetapkan Jakim sangat mudah tanpa sebarang kos dan pembabitan orang tengah. Jadi berhati-hati dengan sebarang tawaran daripada mana-mana pihak kononnya ingin membantu, tetapi mengenakan caj,” katanya.
Sementara itu, pemerhatian wartawan mendapati lebih 10 laman Facebook menawarkan khidmat rundingan untuk mendapatkan sijil berkenaan.
Memberikan pelbagai testimoni kejayaan, mereka turut menyediakan pakej kursus dan sesi penerangan secara berkelompok kepada usahawan yang ingin memohon.
Bagaimanapun, tiada harga yang diletakkan kerana mereka perlu menetapkan temu janji terlebih dulu sebelum perbincangan lanjut dijalankan. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PH selaku pihak berwajib, sila tangani segera, jangan lepas tangan atau melepas!
No comments:
Post a Comment