GAMBAR pemandangan Mekah yang dirakam oleh Christiaan Snouck-Hurgonje pada 1885. AGENSI
LONDON 18 Mei – Foto pertama pemandangan Mekah yang dirakamkan oleh seorang cendekiawan Belanda yang mengintip penduduk tempatan Arab Saudi ‘dengan menggunakan identiti palsu seorang mualaf’ serta mendapat akses ke kota suci berkenaan, bakal dilelong pada harga 212,000 pound (RM1.1 juta).
Lapor Mail Online, foto yang dimuatkan dalam buku berjudul ‘Mekka’ dan ‘Bilder aus Mekka’ oleh Christiaan Snouck-Hurgonje ditulis ketika dia bekerja di Konsulat Belanda di Jeddah pada pertengahan 1880-an selama satu setengah tahun.
Latar belakang pendidikan Snouck-Hurgonje dalam pengajian Islam menjadikan dirinya calon sesuai bagi kerajaan Belanda untuk dihantar mengintip golongan bangsawan Indonesia di Arab Saudi.
Snouck-Hurgonje merupakan cendekiawan Barat pertama yang diberikan akses ke Mekah dan menukar namanya kepada Abdul Ghaffaar.
Tambahan pula, rumah Snouck-Hurgonje di Jeddah berdekatan dengan golongan bangsawan terkemuka dari Aceh yang ingin dipantau oleh Belanda.
Ketika itu, Syarikat Hindia Timur Belanda sedang memperluaskan kuasanya ke Indonesia dan memerlukan maklumat berhubung rakyat Indonesia terkemuka di Mekah, selain untuk memahami budaya Islam.
Bukunya menceritakan tentang kehidupan seharian penduduk Mekah dan turut mengandungi dokumen amalan Majlis Ulama Indonesia, yang terdiri daripada cendekiawan Islam serta menjadi perhatian Syarikat Hindia Timur Belanda.
Beberapa keping foto yang dirakam oleh Snouck-Hurgonje menunjukkan jemaah dari Indonesia di Mekah selain jemaah yang sedang menunggang unta.
Ketika Perang Aceh dari 1873-1914, Snouck-Hurgonje memberikan nasihat kepada Belanda bagaimana untuk ‘menghancurkan’ penduduk setempat.
Itulah orientalis pengkhianat Islam yang patut dihukum.
Seperti lanun yang bangga mengibarkan bendera, lanun orientalis asing tanpa gentar berulang kali masuk ke negara orang Islam mengulangi jenayah mereka.
(IH)
Seperti lanun yang bangga mengibarkan bendera, lanun orientalis asing tanpa gentar berulang kali masuk ke negara orang Islam mengulangi jenayah mereka.
(IH)
2 comments:
Christiaan Snouck-Hurgonje laknatullah adalah musuh Islam yang sangat berbahaya kerana dia menyamar sebagai ulama Islam dan menipu dan menyesatkan, memecah-belahkan dan melemahkan umat Islam Indonesia supaya mereka boleh dijajah dengan mudah oleh Belanda.
Di negara kita pun terdapat seorang kepala bapak kafir harbi roket yang berpura-pura mahu mencontohi akhlak khalifah Sayyidina Omar telah menyebabkan pemakan dedak cap roket seperti Mike Syiah mengangkat kepala bapak kafir harbi ke taraf khalifah.
Kepala bapak kafir harbi roket ketawa melihat kebodohan pemakan dedak cap roket seperti Mike Syiah.
Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam
kalau ini pegangan orang islam
macam mana pulak bole join pati kapir
yang jelas tolak hukum hukum Allah
ada yang bangga pulak tu
aku join pati kapir pun bukan tukar ugama
walau tak tukar ugama
tapi bila masuk pati kpair bermakna setuju ngan dasar pati kpair
tertipu ngan bisikan iblis
Post a Comment