Saturday, May 18, 2019

Gangguan Seksual: Wanita Dakwa Dari MP PKR. Ini..

Hasil carian imej untuk lambang pkr

'I love you, sayang’ - wanita dakwa gangguan seksual dari MP PKR 

Seorang anggota parlimen PKR dari Perak dan seorang bekas bendahari cabang parti itu saling membuat laporan polis ke atas satu sama lain.
Dalam laporan polis itu, wanita berkenaan mendakwa menerima gangguan seksual daripada anggota parlimen PKR berkenaan sejak Disember tahun lalu. Manakala, wakil rakyat itu pula membuat laporan polis mengadu tentang trauma dan gangguan jiwa terhadapnya.
Imej yang berkaitan
Malaysiakini tidak menyiarkan nama ahli parlimen itu sementara menunggu ulasan daripada anggota parlimen dan kepimpinan parti tersebut.

Menurut sumber parti, bekas bendahari itu yang juga adalah seorang peguam dari Puchong membuat laporan polis pada 16 Mei lalu mendakwa dia menerima gangguan seksual setelah bekerja dengan ahli parlimen itu selepas pilihan raya umum ke-14 pada tahun 2008.
Katanya, masalah atau gangguan seksual kemudian mula menjadi-jadi.
“Lelaki itu menghantar teks ‘I love you sayang’,” kata wanita tersebut.
Dalam laporan ahli parlimen itu yang bertarikh 4 Mei lalu, dia mendakwa bahawa wanita berkenaan membuat banyak panggilan telefon kepadanya sehingga dirinya mengalami trauma dan gangguan jiwa.
“Saya tidak dapat tahan dengan wanita tersebut yang menganggu saya sehingga mengalami trauma dan gangguan jiwa,” kata ahli parlimen itu.
Wakil rakyat PKR itu walau bagaimanapun, tidak memperincikan mengenai trauma dan gangguan jiwa berkenaan daripada wanita yang sudah bersuami itu.
Bagaimanapun pada akhir tahun lalu, selepas mengadu kepada suaminya berkenaan tindakan ahli parlimen tersebut dan juga meletak jawatannya sebagai bendahari cabang, kedua-dua pihak bersetuju untuk bersemuka dan menyelesaikan masalah berkenaan.
“Dia berjumpa saya dengan suami saya sambil memohon maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan sedemikian.
“Namun, ini tidak berakhir tetapi saya terus menerima mesej dan gambar-gambar lucah.
“Malah, dia buat pula panggilan video dan menunjukkan buku ‘kamasutra’,” kata wanita itu merujuk buku kuno India yang menceritakan mengenai seksualiti dan erotika.
Sementara itu, wanita tersebut turut membuat satu laporan polis terhadap seorang ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC yang didakwa bersuhabat dengan ahli parlimen tersebut.
Ketua Wanita PKR Haniza Talha ketika dihubungi Malaysiakini, mahu pihak polis menjalakan siasatan dengan segera.
“Siasatan perlu dijalankan ke atas laporan polis yang dibuat oleh pengadu. Hasil siasatan perlu diambil tindakan,” katanya dalam satu teks mesej ringkas.
(https://malaysia.worldtimes.news/i-love-you-sayang-wanita-dakwa-gangguan-seksual-dari-mp-pkr/)

1 comment:

  1. Sesungguhnya barua dan pemimpin Pakatan Hancing pimpinan parti kafir harbi DA-Pig adalah pembohong muka tembok yang telah menipu rakyat dengan pelbagai janjj palsu.

    Pakatan Hancing sembang lebat babi pun boleh terbang akhirnya semuanya habuk pun tarak. Semua janji dalam menipufesto Pakatan Hancing telah ke laut!

    Lihatlah anjing kurap 6:03 am ternakan abang besar parti kafir harbj DA-Pig masih lagi menabur fitnah untuk menghina dan memburuk-burukkan agama Islam, ulama Islam, parti Islam PAS, wanita Islam dan umat Islam.

    Sesungguhnya puak DA-Pig adalah puak rasis yang melampaui batas dan sedanv membawa Pakatan Hancing ke neraka.

    ReplyDelete