Suspek (tengah) ketika diiringi polis di hadapan Balai Polis Karamunsing pada Sabtu. - Ihsan PDRM
Dipercayai liwat 5 pelajar, guru di Sarawak ditahan
AWAS: Polis telah menahan seorang guru yang mengajar di pedalaman Long Semadoh di Lawas, Sarawak pada Sabtu selepas disyaki meliwat dan mencabul lima pelajarnya.
Sumber polis memberitahu, guru terbabit yang berusia 31 tahun ditahan di Balai Polis Karamunsing, Sabah sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Lawas untuk mendapatkan perintah reman hari ini.
Suspek dikatakan meliwat dan mencabul lima pelajar yang berusia antara 13 hingga 15 tahun, dengan dua daripadanya sejak tiga tahun lepas.
Guru yang berasal dari Kulai, Johor itu mula mengajar di sekolah berkenaan sejak Januari 2012.
Kes terbongkar apabila salah seorang mangsa mendedahkan perbuatan terkutuk guru terbabit kepada guru kaunseling sekolah berkenaan, setelah dia dikesan berhadapan gangguan emosi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana kesalahan perlakuan seks luar tabii.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerana guru liwat pelajar, wajarkah sekolah ini ditutup?
Lihat berita ini..
"KERAJAAN akan mengambil tindakan menutup pusat tahfiz sekiranya pengetua atau pemilik didapati melakukan gangguan seksual terhadap pelajar mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan tegas perlu diambil kerana perbuatan seperti meliwat atau mencabul bukan sahaja mencemarkan nama baik institusi tahfiz tetapi juga agama Islam.
“Jangan kita menggunakan nama baik institusi tahfiz untuk melakukan perkara yang dilarang oleh agama. Perbuatan keji itu bukan sahaja memburukkan imej agama tetapi orang akan hilang kepercayaan terhadap institusi berkenaan.
“Individu terbabit perlu diambil tindakan dan sekolahnya juga perlu diberi amaran. Kalau pengetua, kita terpaksa arah tutup kerana memalukan dan memberi kesan negatif," katanya pada sidang media selepas Seminar Fiqh Kewarganegaraan (Fiqh Muwatanah) Dalam Naratif Malaysia Baharu di Seremban, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pemilik pusat tahfiz di Kepong, Kuala Lumpur yang ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual selain meliwat sembilan penuntut berusia belasan tahun, sejak beberapa bulan lalu."
(https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/09/379754/tutup-pusat-tahfiz-jika-pengetua-terbabit-gangguan-seksual)
5 comments:
Tindakan membakar kelambu kerana seekor nyamuk adalah tindakan bodoh Pakatan Hancing yang mengalahkan lembu.
Jika seorang guru meliwat pelajar di sekolah kerajaan, sekolah itu akan ditutup. Ini membuktikan matri-mantri pakatan adalah bodo.
Pakatan Harapan (PH) sewaktu bergelar pembangkang, mereka mengangkat diri sebagai pakar ekonomi. Pantang saja tukaran ringgit jatuh berbanding Dolar Amerika, pasti mereka berbunyi semesta alam. Dengan segala jenis formula langit meluncur laju terpacul keluar dari bibir mereka.
Maka, dengan bermodalkan air liur dan formula langit mereka, rakyat termakan janji manis lantas memangkah mereka dalam Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu.
Harapan tinggal harapan. Selepas setahun berlalu, rupa-rupanya, formula langit tiba-tiba tidak menjadi. Janji manis, tiba-tiba terasa kelat pahit.
Janji ringgit naik sekiranya Najib Kleptokrat jatuh tidak terrealisasi.
Impian harga barang turun bila GST hapus juga tinggal impian semata.
Tol selepas raya dijanji tiada, hingga nak raya tahun ini masih tersergam indah.
Guan Eng juga gagal membawa representasi yang baik sebagai Menteri Kewangan apabila kerapkali mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak mesra pelabur. Malah Guan Eng juga pernah menuduh agensi penarafan dan badan kajian ekonomi dunia sebagai penipu apabila mereka menyatakan ekonomi Malaysia berada diambang kemelesetan!
Maka tidak hairanlah, jika salah satu faktor mengapa pelabur luar dan agensi penarafan kredit pandang sebelah mata dengan Malaysia adalah kerana ketidakyakinan mereka terhadap dasar ekonomi Malaysia dan ketidakupayaan barisan pentadbir negara yang tidak berpengalaman dan cakap tak serupa bikin.
Pakatan Hancing pimpinan sifu kulup roket suka kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu. Hancing seluruh negara.
Post a Comment