Kuala Lumpur 4 Mei 2019 - Ribuan peserta Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan berarak dari masjid Jamek Kuala Lumpur menuju ke perkarangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan membawa sepanduk dan poster berhampiran Kompleks Membeli Belah Sogo di sini, hari ini. GAMBAR AZLAN HADI ABU BAKAR
Himpunan berlangsung dalam keadaan aman, terkawal
KUALA LUMPUR 4 Mei - Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan yang dianjurkan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) di jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal.
KUALA LUMPUR 4 Mei - Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan yang dianjurkan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) di jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal.
Perhimpunan bermula pukul 2 petang itu pada asalnya dijadualkan tamat pada pukul 6 petang, namun sesetengah peserta dilihat mula meninggalkan lokasi kira-kira pukul 3 petang ekoran hujan dan perhimpunan itu ditamatkan sejurus kemudian.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visunathan Abdullah berkata, sebanyak 600 anggota polis ditugaskan untuk mengawal himpunan pada hari ini.
Menurutnya, himpunan yang dihadiri ribuan peserta itu berlangsung dalam keadaan tenang dan aman tanpa sebarang perkara yang boleh menggugat ketenteraman awam.
“Kita akan membuat penelitian dan ambil kira maklum balas mengenai himpunan ini. Selain itu, kita juga akan kaji semula ucapan yang telah disampaikan.
“Selepas itu, baru kita boleh nyatakan sekiranya ada kesalahan-kesalahan ketika himpunan berlangsung,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi himpunan, di sini hari ini.
Ketika ditanya mengenai status notis yang diserahkan oleh penganjur sebelum ini, Mohd. Fahmi berkata pihaknya telah menerima notis pemberitahuan dan mengadakan pertemuan dengan penganjur.
“Bagaimanapun, penganjur tidak sertakan bersama notis kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), jadi dianggap tidak lengkap.
“Oleh itu, kita akan jalankan siasatan lanjut dan kita akan panggil penganjur sekiranya ada keperluan,” ujarnya.
Terdahulu, peserta himpunan berkumpul di Masjid Jamek sebelum berarak ke Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran pusat beli-belah Sogo.
Turut kelihatan pada perhimpunan itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Peguam bela yang mewakili keluarga Muhammad Adib Mohd. Kassim, Mohd. Kamaruzaman A. Wahab.
Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam anjuran Ummah diselia UMNO dan Pas itu bertujuan membantah ancaman terhadap kedaulatan Islam di negara ini, termasuk beberapa isu yang cuba menggugat kedudukan Islam dan Perlembagaan antaranya Statut Rom, kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib, isu pendidikan dan desakan pemecatan Peguam Negara, Tommy Thomas. - UTUSAN ONLINE
5 comments:
Berpe ratus ribu yg hadir himpunan kali ni?....
Harussani: Saya tak nampak Islam ditekan bawah PH
5:41 petang (Dikemaskini 5:45 petang)
A A
Mufti Perak Harussani Zakaria tidak sependapat dengan rakan sejawatnya dari Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkaitan kedudukan Islam di negara ini.
Harussani berkata kedudukan Islam di Malaysia masih terpelihara walaupun kerajaan bertukar.
“Saya tidak nampak ada tekanan terhadap Islam pada waktu ini, saya tidak nampak ada sekatan kepada gerakan Islam.
“Tetapi kalau maklumat tidak sampai kepada saya, saya tidak tahu.
“Setakat ini saya tidak nampak dengan ketara Islam tergugat di bawah kerajaan baru,” beliau dipetik sebagai berkata kepada FMT.
Diharap momentum siri2 perhimpunan yang berkoordinasi seperti ini dapat diteruskan sehingga PRU15 yang tidak berapa lama lagi. Ianya baik untuk menunjukkan keserasian PERPADUAN UMMAH PAS UMNO. Rancanglah suatu perhimpunan MEGA yang bermakna dalam tahun ini...
Bila kerajaan nak mengheret mereka yang mengatakan amalan BERKORBAN itu sesuatu amalan yang membazir? Ianya menghina Agama Islam! Harap2 menteri agama dan mufti2 lebih peka dan dapat mengheret sipelaku yang menghina tersebut kemahkamah syariah dengan segera! Kalau kat Indon dah lama dah kedalam macam Ah*k...
Kita patut marah bila parti kuali menyokong dap untuk menghina islam.
Post a Comment