Sunday, May 19, 2019

Hinanya Menteri Kewangn M'sia. Fikir-fikirkan..



Ekonomi Malaysia Lebih Buruk Ditangan Guan Eng

Pakatan Harapan (PH) sewaktu bergelar pembangkang, mereka mengangkat diri sebagai pakar ekonomi. Pantang saja tukaran ringgit jatuh berbanding Dolar Amerika, pasti mereka berbunyi semesta alam. Dengan segala jenis formula langit meluncur laju terpacul keluar dari bibir mereka. 

Maka, dengan bermodalkan air liur dan formula langit mereka, rakyat termakan janji manis lantas memangkah mereka dalam Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu. 

Harapan tinggal harapan. Selepas setahun berlalu, rupa-rupanya, formula langit tiba-tiba tidak menjadi. Janji manis, tiba-tiba terasa kelat pahit. 

Janji ringgit naik sekiranya Najib Kleptokrat jatuh tidak terrealisasi. 

Impian harga barang turun bila GST hapus juga tinggal impian semata.

Tol selepas raya dijanji tiada, hingga nak raya tahun ini masih tersergam indah. 

Janji bawa peluang kerja sehingga tidak perlu lagi rakyat bangun 3 pagi seberang tambak Johor akhirnya tidak kesampaian juga, yang dibawa dari artis dari seberang tambak yang dibawanya.

Saya kira, persepsi melantik Cina ‘akauntan’ sebagai tukang urus wang negara adalah sebuah kegagalan.

Bayangkan, amaran demi amaran diberikan oleh agensi dan badan analisis kewangan dan ekonomi dari dalam dan luar negara sejak Oktober 2018 - selepas lima bulan selepas Malaysia Baharu. 

Media Utama Jepun, Nikkei memberi gambaran Malaysia menghadapi situasi ekonomi yang lembab menyebabkan ramai Foreign Direct Investors (FDI) lari keluar dari Malaysia.

Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Moody’s awal tahun ini juga mengunjurkan hutang dan defisit negara semakin meningkat dan bakal menjejaskan Sovereign Credit Rating negara. Natijahnya, institusi kewangan Jepun Nomura sekali lagi membuat tamparan kepada Malaysia dengan menurunkan penarafan saham Malaysia. 

Mac yang lalu, Bloomberg mengeluarkan dua laporan berturut-turut menyatakan bahawan Malaysia adalah satu-satunya pasaran yang mencatatkan penurunan. Berbanding negara jiran Singapura dan Indonesia yang naik 3%-5%, ekonomi kita susut lebih 1%! 

Terkini, Guan Eng terkantoi lagi, apabila menyamakan penjualan asset ekuiti negara dengan pelaburan langsung asing (FDI) terrealisasi! 

Alangkah dangkalnya manipulasi yang di’endorse’ oleh ‘akauntan’ DAP itu! Saya melihat Guan Eng mengambil jalan mudah untuk mendapat kredit. 

FDI pada asasnya adalah untuk memastikan negara perumah (host country) mendapat manfaat yang lebih banyak dari segi jangka masa pendek atau panjang.

Antara strategi menarik FDI adalah memperkenalkan dasar-dasar ekonomi negara yang mampan dan menyakinkan pelabur luar, mengekalkan kestabilan ekonomi melalui pemerintahan yang baik, dan polisi-polisi kerajaan yang tidak ‘flip-flop’.

Walaubagaimanapun, menjual asset kepunyaan negara yang dibuat Guan Eng bukanlah salah satu strategi yang baik! Ianya jalan mudah bagi seorang berstatus Menteri Kewangan!

Jadi persepsi mengatakan bahawa dengan melantik ‘akauntan DAP’ itu mampu menyelamatkan negara, adalah satu kegagalan yang abadi!

Umum juga mengetahui, Guan Eng juga gagal membawa representasi yang baik sebagai Menteri Kewangan apabila kerapkali mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak mesra pelabur. Malah Guan Eng juga pernah menuduh agensi penarafan dan badan kajian ekonomi dunia sebagai penipu apabila mereka menyatakan ekonomi Malaysia berada diambang kemelesetan!

Maka tidak hairanlah, jika salah satu faktor mengapa pelabur luar dan agensi penarafan kredit pandang sebelah mata dengan Malaysia adalah kerana ketidakyakinan mereka terhadap dasar ekonomi Malaysia dan ketidakupayaan barisan pentadbir negara yang tidak berpengalaman dan cakap tak serupa bikin.

Jadi persoalannya, dimanakah perginya ‘kebijaksanaan’ dan ‘formula langit’ yang dahulu kedengaran semesta alam ketika mereka ini di pentas ceramah pembangkang suatu ketika dahulu? 

Fikir-fikirkan… 
Hazwan Mohamad,
Ahli Jawatankuasa Pusat BERJASA.
Presiden Professional Muslim Community (PMC).

(Diangkat dari mindarakyat.blogspot.com)

13 comments:

  1. Bersandarkan pada hakikat bahawa Alam Melayu ialah tanah dan laut bernama Melayu, diperintah oleh Raja-Raja Melayu, sekalian yang diperintah mereka adalah rakyat Raja Melayu maka itulah asas kepada ketuanan Melayu, begitu juga frasa kedaulatan Melayu, iaitu kedaulatan raja dan kerajaan Melayu. Kedaulatan Melayu adalah frasa yang menunjukkan jati diri rantau ini, bukan istilah rasis bersifat diskriminasi yang menindas mana-mana pihak.

    Kedaulatan Melayu memberi satu konotasi bahawa tanah air ini tidak boleh tidak, mesti mendaulatkan institusi raja dan Islam sebagai governan tertinggi di samping kelestarian elemen-elemen watan yang berakar umbi sejak ratusan tahun.

    ReplyDelete
  2. hinanya sekalangan pecacai melayu kebuloq dedak..heh heh heh.

    ReplyDelete
  3. Tentera kacang merah ternakan parti kafir harbi sedang meroyan gila babi menfitnah dan memburuk-burukkan ulama Islam, parti Islam dan perjuangan Islam kerana boss DA-Pig adalah kepala bapak musuh Islam.

    ReplyDelete
  4. hinanya seorang ahli parlimen Melayu Islam telah diajarkan oleh seorang Cina DAP bahawa MENCURI itu BERDOSA, menyalahi hukum ISLAM walaupun tidak ditangkap polis, semasa Persidangan Dewan Parlimen Ke 14, Negara Islam Malaysia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hinanya abang besar DA-Pig kerana terlibat dalam skandal banglo terlajak diskaun, skandal terowong dll kerana dia fikir MENCURI itu TIDAK BERDOSA.

      Dia fikir kalau tak curi bodohlah sebab peluang depan mata. Sapulah selagi berkuasa.

      Bila dia kena dakwa dalam mahkamah, Mr Tomato Penyek bebaskan dia dari perbicaraan sebab dia sangat takut sehingga telur masuk ke dalam perut ma.

      Delete
  5. Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dinasihatkan supaya diam jika tidak tahu, atau belajar semula sejarah serta Perlembagaan Negara, sebelum mengulas sesuatu isu membabitkan Melayu dan hak keistimewaan Bumiputera.

    “Perkara asal sebegini kamu tidak faham, bagaimana nak menjaga rakyat Pulau Pinang, kata pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah selepas Ramasamy mempertikai tindakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengekalkan kuota Bumiputera untuk program matrikulasi.

    ReplyDelete
  6. DAP Perak tetap mahukan kerajaan negeri memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung-kampung baru seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan ketika pilihan raya umum lalu.

    Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata kuasa untuk meminda perkara hal ehwal tanah berada bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukan tertakluk kepada Majlis Tanah Negara (MTN).

    ReplyDelete
  7. Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

    ReplyDelete
  8. tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

    ReplyDelete
  9. Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

    ReplyDelete
  10. Orang Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan memperjuang hak berbahasa tunggal, hak ekonomi, pendidikan, beraja dan lain-lain. Justeru mereka pendatang tidak pernah bersama, semuanya seolah-olah tidak dapat dicapai dan payah dipertahankan.

    ReplyDelete
  11. Pada muka surat 29 kertas putih ini disebutkan mengenai tindakan provokatif peserta perarakan kemenangan DAP pada jam 5 petang 11 Mei 1969 yang menghamburkan kata-kata “Apa polis boleh buat – kita raja” dan “Buang semua Polis Melayu”.

    ReplyDelete
  12. Pada muka surat 29 kertas putih ini disebutkan mengenai tindakan provokatif peserta perarakan kemenangan DAP pada jam 10 malam 11 Mei 1969 yang menghamburkan kata-kata “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan” kepada polis-polis Melayu.

    ReplyDelete