Terlalu ramai orang bodoh di sekeliling - Tun Daim
KUALA LUMPUR 6 Mei - Ramai terpengaruh dengan isu berkaitan agama dan perkauman yang dimanipulasikan oleh pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, tindakan pembangkang itu memang telah dijangka, justeru beliau berharap supaya orang Melayu khususnya berfikir secara rasional dan bukannya terpengaruh dengan isu-isu sedemikian.
Kata beliau yang juga bekas Menteri Kewangan, hal ini berikutan sokongan orang Melayu itu sudah berpecah kepada lima haluan antara Pas, UMNO, Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Jelasnya, antara isu bersifat perkauman yang dibangkitkan adalah Kementerian Kewangan yang dipimpin oleh menterinya, Lim Guan Eng dan pengambilalihan aset Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).
“Siapa mencuri duit? Kamu masih mahu mereka (Kerajaan Najib)? Kamu boleh memilikinya. Kementerian Kewangan beli (aset-aset Tabung Haji) RM19 bilion. Kamu tidak gembira? Sesuatu tidak betul.
“Oh, (UMNO dakwa) Kementerian Kewangan adalah Cina. Apa Cina? Ini Kerajaan Pakatan Harapan. Kamu perlu fikir secara rasional.
“Hanya orang bodoh yang percaya perkara-perkara sedemikian dan saya cakap terlalu ramai orang bodoh di sekeliling,” katanya dalam wawancara bersama This Week in Asia oleh South China Morning Post, Khamis lalu. - UTUSAN ONLINE
7 comments:
Tuan punahsihat adalah khadam kepada Atuk Kerala. Atuk Kerala pula adalah boneka kepada abang besar roket. Maka tuan punahsihat bercakap bagi pihak abang besar roket selaku pemimpin Pee H.
sejak bila matdaim tau amano bodoh
dulu pung penyokong kuat amno
piraah
Wah tun daim yg hebat pun bela menteri kewangan. Cayalah. Ini semua kroni nak kaut harta orang melayu. Rakyat ambik satu, kami ambik sepuluh. Adilkan.
Zaman Nabi dulu ada masalah jahiliah. Jahiliyah bukan bodoh sebab mereka pun ramai yg kaya raya. Abu jahal abu lahab adalah kalangan pemimpin, tp jahil. Sekarang ni pun ada lg jahiliah. Kaya raya, memimpin, tp kuat sapu harta. Pemimpin bersatu suka hati jer ngata raja2 bodoh. Bila jahil, liberal,lgbt dapat pengiktirafan. Syiah pun jd halal.
Tak payah cina. Mahathir dulu pun sekat bantuan sekolah agama. Apbila nafsu lebih besar dari agama, maka lahirlah orang orang seperti mahathir. Kesannya lahirlah anak pinak dan rakan taulan yg bernafsu besar terhadap kekayaan seperti anak anak mahathir dan taulannya tun daim.
Beza cina dgn mahathir ialah cina tak halang pendidikan anak anak cina contoh uec. Tp mahathir sekat bantuan pelajar islam.
Gagal tunai manifesto, rakyat pula dibodohkannya. Apa punya BODOH & BAGHAL pemimpin2 DAP/PH ni?
Post a Comment