Sunday, May 05, 2019

Pengganas Israel Terus Mengganas..


Saba Mahmoud Abu 'Arar, 14 bulan, maut bersama ibunya, Falestine Abu Arar, 37, apabila rejim Zionis mengebom rumahnya di Semenanjung Gaza, malam tadi.

VIDEO | Tidurlah puteri Syurga Ibu hamil, bayi 14 bulan terbunuh rumah dibom Zionis di Palestin
GAZA, 29 Syaaban 1440H, Ahad – Seorang ibu hamil dan bayi perempuannya berusia 14 bulan terkorban dalam serangan udara rejim pengganas Israel ke atas Semenanjung Gaza, malam tadi.
Falestine Abu Arar, 37, meninggal dunia di hospital akibat cedera parah selepas pesawat rejim Zionis mengebom rumah mereka di timur bandar ini, manakala bayi perempuannya, Saba Mahmoud Abu ‘Arar, terbunuh di tempat kejadian.
Difahamkan, seorang lagi anak perempuan Falestine yang juga kakak kepada Saba cedera ringan.
Kematian dua beranak itu menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terbunuh sejak kelmarin mencecah tujuh orang, manakala sekurang-kurangnya 69 lagi cedera.
Rejim pengganas Israel meningkatkan serangan udara ke seluruh Semenanjung Gaza malam tadi, susulan serangan kira-kira 90 roket ke penempatan Yahudi.
Video Player
00:00
01:20


Media rejim melaporkan seorang rakyat Israel terbunuh, manakala 83 lagi cedera dalam serangan itu.
Sehingga jam 10 pagi waktu tempatan, kira-kira 300 roket ditembak ke arah Israel dari Semenanjung Gaza, kata pegawai Tel Aviv, sambil menambah bahawa siren amaran dibunyikan di seluruh wilayah Israel.
Terdahulu, dua rakyat Palestin yang maut dalam serangan udara rejim Israel pada Jumaat di Semenanjung Gaza dikebumikan.
Video berdurasi 1 minit 45 saat dimuatnaik Press TV pada Sabtu memaparkan ribuan rakyat Palestin mengiringi jenazah sambil melaungkan takbir.
Jumaat lalu, dua anggota sayap tentera Hamas antara empat warga Palestin yang terbunuh dalam dua serangan berasingan rejim pengganas Israel di Semenanjung Gaza.
Kedua-dua pejuang itu terbunuh dalam serangan dron rejim Zionis ke atas kemudahan tentera Hamas di tengah Semenanjung Gaza.
Serangan itu dikatakan sebagai tindak balas susulan tembakan yang mencederakan dua askar rejim Zionis di selatan Gaza.
Semalam, sekurang-kurangnya 90 serangan roket dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke wilayah Israel susulan dua serangan berasingan rejim Zionis ke atas wilayah dikepung itu, kelmarin. – Agensi

2 comments:

  1. Tahniah atas ribuan yang hadir dalam himpunan daulat. Cumanya last minit baru dapat tau jadi x dapat join. Rugi rugi...

    ReplyDelete
  2. Agama mana ajar penzalim masuk syurga, melainkan yahudi.

    ReplyDelete