Friday, May 10, 2019

'Penyakit artis buka tudung', Pelakon Ummi Nazeera Mengulas..

'Ia tak normal' - Ummi Nazeera ulas 'penyakit' artis buka tudung
Menurut Ummi Nazeera, dia merasakan tindakan seseorang individu memakai dan membuka semula tudung adalah tidak normal. - Foto Astro GEMPAK

HALAMAN HIBURAN

'Ia tak normal' - Ummi Nazeera ulas 'penyakit' artis buka tudung

PELAKON Ummi Nazeera terpanggil untuk mengulas mengenai situasi golongan selebriti yang sewenang-wenangnya mudah untuk membuka tudung.

Kata Ummi, dia merasakan tindakan seseorang individu memakai dan membuka semula tudung adalah tidak normal.

"Saya rasa itu tidak normal! Apa yang terjadi sejak kebelakangan ini saya berharap masyarakat tidak menerima perkara itu sebagai sesuatu yang normal.

"Apabila anda sudah bersedia, anda pakai tudung. Tetapi apabila anda tidak bersedia kemudian pakai tudung dan buka balik itu tidak normal. Tidak kiralah artis atau orang biasa," katanya menerusi temu bual bersama Zayan.my.


Mengimbas semula ketika mula-mula berhijab, kata Ummi dia perlukan jalan untuk membimbingnya keluar daripada depresi.

"Saya pakai tudung sebab saya nak pakai tudung. Saya perlukan jalan untuk menolong saya daripada depresi.
Hasil carian imej untuk Ummi Nazeera Mengulas..
"Jadi, saya memohon doa daripada rakan-rakan sekeliling saya tolong doakan saya. Saya risau saya pula yang buka tudung. 

"Risau juga itu pengakhiran saya nanti. Mungkin sekarang ini saya bertudung, tetapi pengakhirannya saya tidak pakai tudung? Sama juga sebaliknya.

"Oleh itu saya doakan supaya mereka jumpa semula jalan itu. Iman turun naik itu normal tetapi Allah sangat sayangkan orang yang masih ingatkan dia. Apabila kita terlupa kita pusing balik," tambahnya.

Industri hiburan dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti wanita yang kembali membuka tudung sejak awal tahun ini.

Emma Maembong dan Fathia antara selebriti yang mendapat cemuhan ramai gara-gara tindakan terbabit. (AA)


Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

1 comment:

  1. Dan apabila dikatakan kepada mereka, ``Marilah (patuh) kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah dan (patuh) kepada Rasul,`` nescaya engkau (Muhammad) melihat orang munafiq menghalang dengan keras daripada (mengikuti)mu.

    Kebaikan apa pun yang kamu peroleh, itu adalah daripada Allah dan keburukan apa pun yang menimpamu, itu daripada (kesalahan) dirimu sendiri.

    ReplyDelete