KETIBAAN Ramadan memberi seribu rahmat dan rezeki tambahan buat peniaga, tidak terkecuali penjual air nira di Terengganu.
Permintaan tinggi terhadap air nira kelapa membuatkan Mohd Mat Min, 62, dari Kampung Baru Rhu Muda, Marang, mampu menjana pendapatan lebih RM3,000 sepanjang Ramadan.
Mohd atau lebih mesra dipanggil Pok Mad berkata, dia menjalankan kegiatan mengambil air nira kelapa sejak 20 tahun lalu dan menerima permintaan berganda setiap kali Ramadan.
“Biasanya 15 hari sebelum Ramadan, peniaga di seluruh negeri termasuk Pahang dan Kelantan mula membuat tempahan untuk berniaga sepanjang Ramadan.
“Biasanya 15 hari sebelum Ramadan, peniaga di seluruh negeri termasuk Pahang dan Kelantan mula membuat tempahan untuk berniaga sepanjang Ramadan.
“Bagi penggemar tegar, ada datang awal ke rumah untuk membeli air nira dan disimpan sebagai bekalan berbuka puasa.
“Tiada masalah membeli awal kerana air nira mampu tahan sehingga setahun sekiranya diletakkan di dalam peti ais,” katanya.
Menurutnya, harga air nira tidak menentu, bergantung kepada peniaga dan biasanya ia dijual dengan harga antara RM10 hingga RM15 untuk 1.5 liter dan RM50 hingga RM60 (10 liter).
“Seronok berniaga pada Ramadan kerana permintaan sentiasa ada sehinggakan ada kalanya tidak mampu memenuhi permintaan semasa.
“Kadang-kadang peniaga dan penggemar air nira berebut untuk membeli sehingga saya terpaksa mengehadkan jumlah pembelian setiap pelanggan supaya semua permintaan dapat dipenuhi,” katanya.
Katanya, tidak mudah mengambil air nira kerana banyak ancaman serangga dan makhluk perosak seperti cicak dan lalat.
“Jika tidak cermat ketika proses mengambil air nira, cicak boleh masuk ke dalam air nira. Oleh itu, kerja ini perlu dijalankan menggunakan teknik yang betul,” katanya.
Sementara itu, peniaga, Mamat Abdullah Mat Puteh, 36, dari Kampung Kelulut, Marang berkata, permintaan air nira yang tinggi mendorong ramai peniaga mengambil peluang menjualnya pada Ramadan.
“Bagaimanapun pelanggan perlu berhati-hati supaya tidak tertipu kerana ada kalangan peniaga tidak bertanggungjawab menjual air nira dicampur dengan air.
“Mereka tidak mementingkan kualiti air nira tetapi kuantiti kerana ingin mendapatkan keuntungan lebih,” katanya.
Menurutnya, sifat air nira yang terlalu manis biarpun dicampur air membuatkan peniaga tidak bertanggungjawab terdorong berbuat demikian.(HMetro)
Video:
No comments:
Post a Comment