MUSTAPHA AHMAD bersama dengan sebahagian daripada penduduk umat Islam di Kemboja ketika menyerahkan sumbangan keperluan harian sempena Ramadan tahun ini. - UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR 6 Mei - Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa menyantuni lebih 1,000 golongan kurang bernasib baik termasuk fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal di beberapa kampung di Kemboja dengan menyumbangkan barangan keperluan harian sempena sambutan bulan Ramadan tahun ini.
Pengerusinya, Datuk Dr. Mustapha Ahmad berkata, program tersebut bagi membantu mereka yang memerlukan untuk menjalani ibadah puasa seperti mana insan lain.
Menurutnya, bantuan yang diberikan adalah berupa makanan harian seperti beras, tepung, gula, minyak masak serta makanan ringan.
“Setiap tahun saya akan merentasi perjalanan sejauh kira-kira 800 kilometer dan mengembara di beberapa kampung terpencil termasuk di Kampung Mondokiri, Kabai View Jamuan dan Kampung Steam serta Kampung Pak Phou di negara Kemboja bagi menyelami dan menghayati kesusahan dialami mereka.
“Dengan cara ini saya dapat berkongsi kesusahan serta menghayati realiti kehidupan golongan susah seperti mana dirasai mereka di sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mustapha yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Tokoh NGO Antarabangsa awal tahun lalu berkata, selain bantuan keperluan harian, pihaknya juga telah menyediakan sebanyak 20 telaga di beberapa kampung Islam bagi membolehkan mereka mendapatkan bekalan air bersih.
“Ketika ini kawasan berkenaan mengalami musim kemarau sehingga menjejaskan penduduk untuk mendapatkan sumber air bersih. Oleh itu, kita turut menyediakan bantuan membina telaga bagi kegunaan penduduk setempat,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mana PH?
Lihat sebelum ini..
2 comments:
Mana Pee eH? Pee eH sedang sibuk kencing rakyat dengan pelbagai fitnah dan janji palsu.
Di saat seluruh rakyat Malaysia menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keinsafan, segelintir rakyat ini juga dikejutkan dengan berita sedih apabila mereka kehilangan sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan.
Dewan Pemuda IKATAN Malaysia mengecam kezaliman yang dilakukan terhadap pekerja di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan; Bio-xcell Malaysia, Felda Engineering Services dan Felda Properties.
Menyorot kembali Manifesto Pakatan Harapan (PH), selepas hampir setahun memegang tampuk pemerintahan negara, antara iltizam pimpinan mereka adalah untuk mewujudkan sejuta peluang pekerjaan dengan gaji minimum RM2,500 kepada rakyat Malaysia.
Post a Comment