Friday, May 10, 2019

Setahun PH: Ini Hasilnya..

Imej yang berkaitan

Setahun PH: Anak muda masih menaruh harapan?
SETAHUN yang lalu anak muda meletakkan harapan yang tinggi kepada Pakatan Harapan.
Anak muda mengharapkan hutang PTPTN dihapuskan, tol dimansuhkan, GST dibatalkan, dan yang terpenting kos sara hidup dikurangkan.
Selain itu anak muda mengharapkan perubahan dalam negara dengan keadilan ditegakkan, rasuah dihapuskan dan skandal 1MDB dibongkarkan.

Maka ramailah anak muda berumur 20-an dan 30-an keluar mengundi pada 9 Mei yang lalu, sesak di setiap pusat pengundian bermula jam 9 pagi, beratur panjang untuk memangkah parti dan calon yang menjadi pilihan.
Melihat ramainya anak muda yang keluar mengundi, dengan semuanya tunduk menghadap ‘handphone’ yang tidak lekang di tangan, menandakan ada suatu gelombang yang ingin dihantar ke Putrajaya oleh anak muda pada hari pengundian.
Natijahnya suatu keputusan yang di luar jangkaan, BN tumbang buat pertama kalinya sejak negara mencapai kemerdekaan, di tangan PH yang menjanjikan 1001 harapan.
Hari ini genap setahun peristiwa bersejarah itu, namun anak muda yang dahulunya bersemangat untuk melakukan perubahan, kini tersenyum melihat janji dan harapan mereka dipermainkan.
Mengapa anak muda kecewa?
Anak muda kecewa kerana janji manifesto tidak ditunaikan. PTPTN masih perlu dibayar, tol masih perlu dibayar, cukai makin banyak dibayar, malah harga minyak tidak turun sebagaimana dijanjikan.
Anak muda juga kecewa kerana kos sara hidup masih tidak berubah, malah ramai yang rasa makin terbeban. Peluang pekerjaan tidak bertambah, malah ramai juga yang diberhentikan. Harga rumah tidak berubah, malah semakin sukar untuk didapatkan.
PH berbangga rasuah dapat dikurangkan, itu satu pujian.
Namun anak muda hairan melihat kes melibatkan pemimpin PH digugurkan, manakala wakil rakyat BN yang melompat parti terus disucikan. Anak muda mahu setiap tuduhan rasuah dibicarakan di mahkamah dengan adil, bukannya dibicarakan di ‘mahkamah media’ tanpa batasan.
Anak muda juga sangsi melihat kemampuan pemimpin Pakatan Harapan. Ada yang menipu kelayakan dan ada juga yang ijazahnya dipalsukan.
Ada Menteri membuat keputusan, namun terpaksa ‘u-turn’ kerana belum cukup kajian. Ada Menteri membuat pengumuman, namun terpaksa dibatalkan setelah menerima banyak bantahan. Tidak cukup dengan itu, hutang 1 trilion dan ketiadaan wang sering dijadikan alasan bagi menutup kelemahan.
Kini memasuki tahun kedua pemerintahan, PH meminta rakyat bersabar dan memberi lebih masa kepada kerajaan – janji untuk menunaikan segala manifesto, mengurangkan kos sara hidup dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.
Sejauh mana anak muda boleh menaruh harapan, hanya masa yang akan menentukan.
syahir2
SYAHIR SULAIMAN
Pengarah Strategi DPPM
9 Mei 2019 – HARAKAHDAILY 9/5/2019

6 comments:

  1. Tuan ibnu... segala kerosakan ang berlaku di negara kita selepas 61 tahun bukanlah jecil. Kelantan umpamanya terpaksa menghadapi puluhan tahun untuk pulih semula. Itu pun di bawah naungan Aruah TGNA. Situasi yang ada di Kelantan belum tentu baik jika disandarkan apa yang berlaku sebelum PAS mengambil alih . Begitu juga dalam skop lebih besar dari itu iaitu Msia. Kita cuma tahu beberapa perkara yg telah didedahkan seperti skandal 1mdb dan berbagai2 hal berkaitan dengan felda TH dan beberapa hal lain seperti skandal nfl.... bolehkah perubahan berlaku dlm setahun? Boleh jika kerajaan yang ada mendapat sokongan dari ahli2 pembangkang seperti PAS dan Ahli umno yg setia kepada negara dan sayangkan negara. Malangnya ada ahli parlimen pembangkang lebih gemar menjatuhkan kerajaan rakyat aka PH dari pada menghukum pemimpin2 mereka yang berkhianat. Pemimpin yg songlap wang dengan berlindung dibalik kekuasaan masih berluluasa dan mendapat sokongan moral dari pembangkang termasuk PAS ... tak sedihkah hati kita beberapa pimimpin PAS dulunya pernah ditahan tanpa bicara di bawah ISA sekarang sudah aruah dan sebaliknya pengikutnya pula bersengkokol dengan musuh lamanya menentang PH? Ini kononnya berlaku atas nama penyatuan Melayu.? PAS sebenarnya tak perlu langsung keoada Umno tetapi sekarang nampak PH musuh yang lebih besar dari umno kepada PAS...nampak seperti PAS jadi cerita kerbau membantu buaya yang sedang dihempap oleh batang kayu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rba punya panjang tapi ph tetap hancing. #perpaduanummah#

      Delete
  2. Hampir separuhnya dirosakkan oleh pm yg ke4. Dlm tempoh itu banyak yg disonglap, antaranya melalui program pengswastaan. Sekarang sambung lagi utk melakukan lebih banyak kerosakan. Ada tambahan kerosakkan termasuk lgbt, liberal, isu bumiputera, raja2, krisis dgn raja2. Isu songlap pun tidak terlepas dr pndangan ph spt guan eng dgn isu rasuah yg telah tidak dibawa ke mahkamah.

    ReplyDelete
  3. Buaya itu adalah ph, yg akan baham sesiapa saja, termasuk bumiputera, islam dan raja2, asalkan dpt terus berkuasa demi melumpuhan nilai asal malaysia. Nilai yg telah termaktub dlm perlembagaan. Buaya ph sangat bernafsu besar demi mencapai cita2 melalui ratifikasi icerd, statut rom,uec, tabung haji dan ada lagi yg coming soon.

    Walaupun umno adalah masalah, tp ph beroperasi utk kerosakan yg lebih parah.

    ReplyDelete
  4. Semua akui bahawa kerosakan telah dibawa oleh umno, tetapi peneraju dan penyumbang terbesar kerosakan adalah bermula dari pm ke empat dan deligasi ini berterusan sehingga umno ditumbangkan. Asas kerosakan ialah kerakusan harta. Hak milik harta atau business kerajaan atau rakyat telah dihakmilikkan oleh kroni pm dan pm. Tidak hairan zaman pm ke empat ramai ahli politik jadi kaya raya. Motif berpolitik waktu itu ialah jadi kaya. Perkara ini tidak boleh dibohongkan kerana peralihan kekayaan kerajaan kepada peribadi ada dokumentasikan dlm bentuk yg sah dari sudut undang2 tapi tidak dari sudut keikhlasan dan perjuangan bangsa.
    Hingga hari ini pun isunya ialah wang ringgit spt 1mdb. Itu jiwa pm sekarang bijak dlm strategi materialisma membentuk trend pengundian.
    Tapi sekarang rakyat tersedar dari penipuan. Yg kekal tegar dan percaya pm sekarang sekitar 30%. Janji manis sebenarnya adalah racun puaka hadiah kepada pengundi.

    ReplyDelete