Sunday, May 05, 2019
Umat Islam Hilang Kuota Tambahan Haji Di Bawah PH
ALOR SETAR – Umat Islam kehilangan kuota tambahan sebanyak 10,000 orang untuk menunaikan haji setiap tahun berikutan hubungan dingin antara kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan Arab Saudi.
Ketika mendedahkan perkara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN), Arab Saudi tidak pernah gagal memberikan keistimewaan itu kepada Malaysia.
Malah kata beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada 2013, Arab Saudi bermurah hati memberikan kuota tambahan setengah kali ganda lagi iaitu sebanyak 15,000 orang.
“Jumlah ini tidak termasuk kuota menteri-menteri yang mempunyai hubungan amat baik dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.
“Ini keistimewaan yang diberikan hanya kepada Malaysia secara senyap-senyap. Hari ini saya hendak beritahu satu rahsia, bahawa kuota tambahan itu kini sudah dibatalkan. Hanya kuota 30,200 orang sahaja diberikan.
“Kerana apa? Disebabkan PH menamatkan operasi Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di Malaysia yang telah menyebabkan Raja Salman murka,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis Pentas Perdana Penyatuan Ummah di Ambang Setahun Malaysia Baharu yang dihadiri kira-kira 1,000 orang di Taman Wira Mergong di sini, malam tadi.
Yang turut hadir pendakwah, Ahmad Husam Baderudin.
Menurut Asyraf Wajdi, pemilihan Malaysia untuk penubuhan KSCIP dengan dibiayai sepenuhnya oleh Arab Saudi, adalah kerana Raja Salman kagum dengan konsep dan pendekatan negara Islam yang diamalkan di Malaysia.
“Raja Salman kagum dengan keharmonian pelbagai kaum yang diamalkan di Malaysia dan justeru, hendak mempromosi wajah Islam sebenar di seluruh dunia dengan penubuhan KSCIP,” katanya.
Malangnya kata beliau, sejurus memenangi tampuk pemerintahan kerajaan, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menghentikan operasi KSCIP serta-merta pada Ogos lalu.
Asyraf Wajdi seterusnya memberitahu, kerajaan PH bukan sahaja mempunyai hubungan dingin dengan Arab Saudi tetapi juga China sehingga menyebabkan rakan dagang terbesar Malaysia itu membatalkan pembelian minyak sawit.
“China beralih membeli minyak sawit dari Indonesia dan kesannya harga minyal sawit kita jatuh dan dirasai oleh peneroka-peneroka kita.
“Baru-baru ini, saya masuk ke Felda, seorang pakcik menangis kerana pendapatannya kini RM200 sebulan berbanding di zaman BN, mereka memperoleh RM2,000 hingga RM3,000 sebulan,” katanya.
Pada 19 April lalu, Lembaga Tabung Haji berharap kerajaan Arab Saudi dapat mempertimbangkan kuota haji tambahan kepada jemaah Malaysia untuk menunaikan ibadah itu tahun ini. – UTUSAN ONLINE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Kurang kouta bukan masalah, masalah besar ialah bagaimana nak ambil alih harta tabung haji milik orang islam.
Fitnah Akhir Zaman sedang melanda Ummat Malaysia. Berhati hatilah!
Amat sedih dan pilu melihat pemimpin Melayu Islam (dari umno Pas) MEMFITNAH Kerajaan Pakatan Harapan yang SAH dipilih oleh rakyat terbanyak secara demokerasi yg dibenarkan dan tidak bercanggah mengikut Islam sendiri.
Ini sama seperti apa yang berlaku di Mesir, Iraq, Algeria, Libya dll negara umat Islam.
Fakta zaman now : IBADAH telah dijadikan sumber ekonomi dan politik termasuk oleh Saudi Arabia proksinya Yahudi Zionis!
Perhimpunan parti kuali Parti kuali tersangat ramai, biasa mencecah sepuluh orang. Ramai yg menonton dari yg demo.
Barua dan pemimpin Pakatan Hancing suka kencing rakyat dengan pelbagai fitnah dan janji palsu. Hancing seluruh negara.
Jika Pakatan Hancing memerintah, bukan setakat hilang kuota haji, negara pun boleh hilang kepada china komunis.
Pemimpin-pemimpin DA-Pigs dan khadam liberal mereka telah menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam maka DA-Pigs dan khadam liberal mereka adalah musuh Islam.
Wah hebat program pandap dihadiri oleh makhluk halus @ jin yang menduduki banyak kerusi kosong.
8.35 tolong ulas sikit pasal evangelist dap yang sokong israel sampai nak mintak bukak kedutaan kat sini. Tolong kaitkan dengan fakta yg anda tulis tu. Camana nak kaitkan. Aku dah puas mikir nak kaitkan tapi still tak boleh nak kait
Post a Comment