Wednesday, July 24, 2019

11 NGO Lapor Polis Siasat Hina Nabi Muhamad SAW .


GEORGETOWN - Polis menerima 11 laporan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan mengenai posting menghina Nabi Muhamad SAW oleh pemilik akaun Facebook bernama Wendy Loong hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, sejak awal pagi semalam, pihaknya menerima laporan mengenai individu tersebut yang menghina agama Islam dan Nabi Muhamad SAW melalui posting yang dimuat naik ke dalam laman Facebook 'Kiub Batu Itu Berhala'.
Menurutnya, kesemua 11 laporan itu dibuat di antara jam 1.07 hingga 1.40 pagi tadi.

Che Zaimani berkata, menurut salah seorang pengadu, dia terbaca posting tersebut pada jam 11.30 malam semalam lalu terus membuat laporan polis bagi siasatan ke atas individu tersebut dijalankan.
"Hasil siasatan, akaun Facebook di atas nama suspek iaitu Wendy Loong gagal dikesan dipercayai telah dipadamkan. Bagaimanapun, kita masih berusaha untuk mengesan suspek. Selain itu, posting dan akaun Facebook suspek juga telah ditangkap layar dan dikongsi oleh orang ramai," katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau berkata, siasatan terhadap laman Facebook 'Kiub Batu Itu Berhala' mendapati ia merupakan kumpulan tertutup dan tidak boleh diakses.
Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. (SH)

No comments:

Post a Comment