Wednesday, July 24, 2019

7 Pelajar Lelaki Rogol Rakan 1 Pelajar Perempuan. Lagi Bukti Dasar Pelajaran Gagal..




7 pelajar direman tiduri rakan sekolah
TUJUH pelajar lelaki berusia 13 hingga 16 tahun direman tujuh hari bermula hari ini atas tuduhan merogol seorang pelajar perempuan yang juga rakan mereka antara Oktober 2018 hingga Mac lalu.
Perintah tahanan reman sehingga 29 Julai terhadap semua pelajar dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Mohd Anuar Ostadi di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh, hari ini.
Siasatan terhadap semua mereka dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan/ Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris ketika dihubungi, mengesahkan penahanan pelajar berkenaan.
“Kes disedari 15 Julai lalu apabila guru agama pelajar perempuan ini menghubungi ibu pelajar terbabit dan memintanya datang ke sekolah sebelum memberitahu anaknya melakukan hubungan seks dengan beberapa rakan lelaki yang sama sekolah dengannya.
“Ibunya memaklumkan anaknya tidak pernah menceritakan hal itu kepadanya lantas membawa anaknya ke balai polis untuk membuat laporan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Tambah Mohd Nor Yhazid, pengadu kemudiannya ke Hospital Besar Melaka untuk membuat pemeriksaan sebelum disahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.
Jelasnya, siasatan lanjut mendapati terdapat 15 suspek disyaki terbabit dalam kes ini dan 14 suspek telah dikenal pasti manakala seorang lagi suspek tidak dapat dipastikan berikutan pengadu tidak mengenali nama, namun masih mampu mengecam suspek.
“Tujuh suspek direman berusia antara 13 hingga 16 tahun dari beberapa sekolah sekitar negeri ini. Mangsa juga mengaku melakukan hubungan seks beberapa kali dengan individu dikenali dan tidak dikenali.
“Mangsa dikatakan melakukan hubungan seks dengan ramai rakan lelaki selepas diugut video seksnya yang dirakam individu tidak dikenali akan disebarkan,” katanya.
Tambahnya, polis masih berusaha mengesan dan mendapatkan butiran suspek lain.
“Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan disebat,” katanya. (MyMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi bukti kegagalan dasar pelajaran kerajaan Malaysia bagi melahirkan manusia profesional yang bertaqwa.

Nak heran apa, ADUN parti pemerintah pun dituduh merogol.. Bapak borek mesti anaknya rintik-rintik..

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

2 comments:

Anonymous said...

Gila betul kerajaan baru ni...sejak perintah negara ramai blogger dah kena kencing manis dan darah tinggi.

Memang gagal dasar pemerintahan kerajaa n la ni.....he he he

Anonymous said...

Aku sokong anon 7:47

"Ambo tak bohong, ambo nafi jer"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails