Pesuruhjayanya, Ahmad Yahaya berkata, Ahli Parlimen Port Dickson itu bukan lagi pilihan rakyat untuk mengepalai kerajaan, justeru adalah lebih baik kerajaan membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
“Terus terang saya nak sebut, Anwar ini sudah cukup lama membuatkan negara ini serabut, berkocak dan kacau hanya dengan satu nama ini.
“Jadi, saya rasa (beliau) bukan pilihan rakyat untuk dipilih menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Ketika ditanya adakah penolakan itu bermakna Pas lebih selesa melihat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi Perdana Menteri, Ahmad turut menepis dakwaan itu.
“Saya cadang kita ambil cermin dan tengok lah kerana kalau nak kira selesa yang mana pun kita tidak berselera kerana Mohamed Azmin pun kita tidak juga (selesa bekerjasama).
“Dalam isu ini kami tidak berkecuali kerana kita bersetuju dengan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man iaitu mencadangkan pembubaran Parlimen dan pilih yang baharu iaitu Pas,” ujarnya.
Tambah beliau, pertembungan kuasa antara kedua-dua individu itu memang memberikan keuntungan kepada pembangkang, namun jauh lebih membimbangkan sekiranya dilihat dari sudut rakyat dan negara.
“Parti yang dominan kerusi dalam Pakatan Harapan (PH) adalah PKR dan apabila mereka bertelagah maka parti yang dominan sekarang adalah DAP, jadi ini perkara yang kita kena perhati dan lihat dengan baik,” katanya.
Semalam, krisis antara Anwar dan Mohamed Azmin semakin ketara apabila Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu tidak menghadiri Majlis Temu Rapat PKR Pusat yang dirasmikan Dr. Mahathir di Port Dickson.
Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PH ketika berucap dalam majlis itu turut mengingatkan bahawa pertelagahan kerana berebut kuasa akan menyebabkan kerajaan PH ditolak rakyat. -UTUSAN ONLINE

Lihat..

E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)