Serangga itu yang tertarik pada kerlipan lampu neon metropolis tersebut melitupi beberapa jalan dan kawasan kaki lima. Kehadiran tetamu tidak diundang itu dikatakan berpunca daripada cuaca lembap di negeri Nevada sejak beberapa bulan lalu.
Bilangan belalang itu sungguh banyak sehingga serangga tersebut kelihatan seperti awan membawa hujan pada skrin radar kaji cuaca.
“Sebahagian daripada anda bertanya tentang kemunculan awan pada radar sejak beberapa malam lalu di Las Vegas.
“Analisis radar menunjukkan paparan itu merupakan sasaran biologi seperti burung, kelawar dan serangga tetapi dalam kes ini ia berkemungkinan besar adalah belalang,” kata Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan dalam kenyataan menerusi Twitter pada Sabtu lepas.
Ahli entomologi negeri Nevada, Jeff Knight memberitahu saluran berita CBS News bahawa belalang itu tidak berbahaya, tidak membawa penyakit dan tidak menggigit manusia.
Katanya, serangga itu berhijrah dari selatan Nevada dan mungkin juga dari negeri Arizona.
“Belalang ini akan beredar dalam masa beberapa minggu lagi,” katanya.’ –AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mari kita imbas kembali kisah.. 'Jutaan belalang serang Israel dari Mesir pengajaran kepada Yahudi'.
By
 Ana Ghoib
 -
2013-08-13(BH)
belalang juta
Ini Pandangan Kaum Yahudi..

[pullquote_left] Ianya juga pengajaran kepada bangsa mesir sendiri kerana mengingkari janji kitab bahawa Allah mewariskan mesir kepada bangsa yahudi spt tercatat dalam Al Quran.

Mereka yahudi terusir dari mesir dan mereka keluar menuntut pula palestine mengikut saranan janji kedua Musa as. Ana Ghoib salah siapa? Bila binatang mengajar manusia? [/pullquote_left] Alkitab Injil malah lebih utama Al Quran sendiri seakan datang untuk hidup semula sebagai sekumpulan belalang menyerang Israel bangsa Yahudi.

Yahudi Israel merayakan Paskah [passover] sewaktu kejadian ini berlaku pada bulan Mac, 2013 dengan mudah akan mengaitkan dengan nenek moyang mereka pada tahun bencana belalang menyerang Firaun mesir dan keluarnya mereka dari negara Mesir. Israel kini telah dikerumuni oleh berjuta-juta belalang, salah satu daripada 10 tulah bencana yg dikuasakan Allah berlaku di Mesir pada zaman Nabi Musa as sbg mukjizat pengajaran kepada Firaun agar membebaskan kaum yahudi.

Orang Yahudi memperingati kisah asal keluarnya bangsa Israel dari Mesir, termasuk 10 malapetaka yang ditimpa Firaun dan orang-orangnya. Kini berjuta-juta belalang berlaku sekali lagi menjalar di seluruh padang pasir selatan Israel.

Tetapi tahun ini adalah kali pertama sejak tahun 2005 bahawa Israel moden telah terpaksa memerangi belalang, yang melanda begitu tebal hingga pemandu tidak boleh melihat di luar cermin depan mereka. Petani kentang meratapi kesan buruk gelombang  serangga belalang seperti beberapa minggu lalu.

Namun orang yahudi sendiri yg ditimpa bencana ini spt yg berlaku kepada Firaun tidak belajar darinya namun menganggap ianya satu rahmat sbg satu lagi hidangan makanan berkhasiat kepada mereka kononnya. Adakah orang mesir juga belajar dari kejadian ini? Di Mekkah Kaabah sendiri adakalanya diserang sekumpulan kecil belalang juta termasuk ketika ana ghoib berkunjung kesana dahulu apakah mereka ARAB belajar darinya? 

Hidup jika terlalu memandang ke hadapan konon untuk moden dan tidak memandang kebelakang beginilah jadinya. Bagi yg suka bidang prophecy jangkaan kiamat dan illuminati suka kepada teori dan hipotesis namun mengambil pengajaran darinya jauh sekali. 

Membangkitkan haiwan bagi mengajar manusia sebenarnya kerja mudah Allah sejak ia mengajar anak Adam as mengebumi korban kedengkian mereka adik beradik Habil Qabil dengan burung gagak. Ada masanya belajar dari haiwan itu lebih baik dari belajar kepada manusia moden agung yg terkedepan pemikirannya sehingga ia menjadi ravenous capitalist dan secular. Di Malaysia dan Rantau Teluk banyak orang sebegini?
Ana Ghoib at The Gate of Jerusalem. 
Sumber csmonitor dan telegraph uk. (https://www.malaysianreview.com/24120/jutaan-belalang-serang-israel-dari-mesir-pengajaran-kepada-yahudi/

logo english3
BELALANG.PNG
AL-KAFI #963: HUKUM MEMAKAN BELALANG

SoalanApakah hukum makan belalang?

Jawapan:
Alhamdulillah pertama sekali bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T dengan nikmat Iman dan Islam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga Baginda, para Sahabat Baginda R.A dan kaum Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah S.W.T.

Hukum makan belalang secara umumnya adalah harus, dan ia disebut dalam banyak hadith, antaranya riwayat daripada Abu Ya’fur R.A, beliau berkata:
سَأَلْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أَوْفَى عَنْ قَتْلِ الْجَرَادِ، فَقَالَ غَزَوْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم سِتَّ غَزَوَاتٍ نَأْكُلُ الْجَرَادَ
MaksudnyaAku bertanya ‘Abdullah bin Abi Aufa tentang membunuh belalang, dia menjawab “Aku pernah pergi berperang bersama Rasulullah SAW sebanyak enam kali, dan kami memakan belalang”. (Dalam riwayat Muslim, disebut sebanyak tujuh peperangan)                                                       Sahih Muslim (1952), Sunan Abi Dawud (4357), Sunan al-Nasa’ie (4357)
Manakala daripada Ibn ‘Umar R.’Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ الْحُوتُ وَالْجَرَادُ
MaksudnyaDihalalkan bagi kita dua jenis bangkai: ikan dan belalang. Sunan Ibn Majah (3218)
Berdasarkan hadith ini Imam al-Nawawi memfatwakan keharusan memakan ikan dan belalang meskipun tidak melalui proses penyembelihan. Hal ini kerana kedua-dua jenis binatang tersebut adalah mustahil untuk disembelih, maka syarat sembelihan itu gugur. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 9/72)
Terdapat juga riwayat daripada Abu Hurairah R.A, yang menceritakan satu perjalanan Rasulullah SAW bersama para sahabat untuk mengerjakan haji dan umrah, dan mereka terserampak dengan sekelompok belalang, lalu mereka membunuhnya. Baginda SAW pun bersabda:
كُلُوهُ فَإِنَّهُ مِنْ صَيْدِ الْبَحْرِ
MaksudnyaMakanlah ia, kerana ia sama jenisnya dengan binatang buruan di laut (yang halal dimakan). Sunan Ibn Majah (3222)
Ibnu Qudamah pula menyebutkan riwayat dari Ibnu Umar, bahawa suatu hari ada belalang goreng dihidangkan kepada beliau. Ibn Umar mengatakan, cara memasak belalang ialah dengan dipatahkan sayapnya, kemudian dimasukkan ke dalam minyak dan digoreng dalam keadaan ia masih hidup. (Rujuk Al-Mughni, 11/43).
Kesimpulannya, hukum makan belalang adalah harus berdasarkan riwayat-riwayat yang disebutkan di atas. Wallahu a’lam.
Pandangan ini tidak semestinya pandangan weblog Ibnu Hasyim. Sekian.

Hibur Hibur Sikit..
Video: D'LLOYD - KEAGUNGAN TUHAN
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung