Saturday, July 20, 2019

China Promosi Pelancong, Muslim Dikurung. Pemimpin M'sia Sokong..



Ketika muslim dikurung, China promosi pelancongan di Xinjiang. Komuniti minoriti Uyghur hidup dalam ketakutan mungkin ditangkap
CHINA, 16 Zulkaedah 1440H, Jumaat – Daripada bukit pasir yang luas di Gurun Taklamakan hingga ke puncak bersalji di Tianshan, pihak berkuasa China ‘menjual’ wilayah konflik Xinjiang sebagai destinasi pelancongan, mengalu-alukan pelawat, walaupun mereka sendiri menghantar penduduk tempatan ke kem tahanan.
Kerajaan China dilaporkan menangkap sehingga sejuta etnik minoriti muslim Uyghur dan umat Islam yang bercakap menggunakan bahasa Turki, dan menempatkan mereka di kem-kem tahanan kawalan ketat di wilayah barat laut negara itu.
Namun, ia juga telah mewujudkan suasana yang biasa kepada pelawat – hanya menunjukkan versi adat dan budaya tradisi sahaja.
Di Kashgar – bandar lama di laluan sutera – penjual makanan tersenyum menghidangkan satey daging kambing berlada, sementara anak-anak bermain di jalanan.
“Ia tidak kelihatan bagi saya – kecuali anda diambil dan diletakkan di dalam kem – bahawa komuniti Uyghur kelihatannya hidup dalam ketakutan.
“Itu adalah tanggapan saya,” kata William Lee, yang mengajar di universiti China selama 10 tahun dan melawat wilayah Xinjiang, Jun lalu.
Xinjiang – wilayah di mana keganasan etnik berlaku pada 1990-an hingga 2005 menyebabkan tahap kawalan ketat yang belum pernah terjadi sebelumnya telah dikenakan – adalah salah satu kawasan yang paling pesat berkembang untuk pelancongan di China.
Kawalan ketat polis serta pemeriksaan berkala, tidak pernah mengurangkan kehadiran pelancong di wilayah itu, di mana statistik menunjukkan pada 2018 jumlah pelawat meningkat 40 peratus daripada tahun ke tahun – kebanyakannya pelancong domestik – mengatasi purata statistik kebangsaan sebanyak 25 peratus.
Perniagaan berkembang sejak beberapa tahun lalu, terutama kerana ‘Xinjiang sangat stabil’, kata Wu Yali, yang mengendalikan agensi pelancongan di rantau itu.
Umat Islam Uyghur Banyak tempat ibadat di Kashgar, Xinjiang, ditutup, tidak seperti masjid di bandar China yang lain.
 Kem tahanan Uyghur Gambar yang disiarkan dalam akaun WeChat Pentadbiran Kehakiman Xinjiang menunjukkan tahanan Uyghur mendengar ucapan ‘pemulihan’ di kem tahanan di daerah Hotan, di barat daya Xinjiang pada April 2017.
Walaupun pelancong pada mulanya tidak dikenakan tahap keselamatan yang tinggi, ‘mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kawalan selepas beberapa hari berada di Xinjiang, katanya.
Namun, pelancong dilarang daripada melawat beberapa bahagian di Xinjiang yang penuh kontroversi – rangkaian kem tahanan yang dibina di wilayah itu, kebanyakannya berada di luar hub pelancongan dan dipagari dengan tembok dan kawat berduri.
Dalam kunjungan selama enam hari di wilayah itu bulan lalu, wartawan AFP bertembung dengan satu sekatan jalan raya dan diarah berpatah balik oleh pasukan keselamatan berhampiran sebuah kem tahanan.
China menyifatkan kem tahanan itu sebagai pusat pendidikan vokasional, di mana etnik Uyghur dan umat Islam lain yang berbahasa Turki diajar bahasa Mandarin dan kemahiran.
“Keganasan yang dilakukan terhadap diri etnik Uyghur dan umat Islam lain… dijadikan supaya tidak kelihatan. Bagi pelancong yang melawat sekitar laluan yang telah ditetapkan, ia kelihatan baik belaka.
“Semua sangat tenang, dan itu adalah kesan daripada keganasan yang dilakukan terhadap penduduk tempatan,” kata Rachel Hariis yang belajar kebudayaan dan muzik Uyghur di Sekolah Pengajian Oriental dan Afrika, Universiti London.
Menurut akhbar propaganda Parti Komunis, kerajaan tempatan menawarkan subsidi pengembara bernilai 500 yuan (AS$73) seorang pada 2014, selepas sektor pelancongan merudum susulan serangan di barat daya China yang dituduh dilakukan kumpulan pemisah Xinjiang.
Menjelang 2020, Xinjiang menyasarkan sejumlah 300 juta pelancong dan meraih 600 bilion yuan (AS$87 bilion), kata biro pelancongan tempatan.
Tasek Karakul atau Karakuli di China. Tasek Karakul atau Karakuli terletak 196 kilometer di barat daya Kashgar, Xinjiang, diperkenalkan sebagai salah satu tempat pelancongan di China.
Walaupun pelancong pada mulanya tidak dikenakan tahap keselamatan yang tinggi, ‘mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kawalan selepas beberapa hari berada di Xinjiang, katanya.
Namun, pelancong dilarang daripada melawat beberapa bahagian di Xinjiang yang penuh kontroversi – rangkaian kem tahanan yang dibina di wilayah itu, kebanyakannya berada di luar hub pelancongan dan dipagari dengan tembok dan kawat berduri.
Dalam kunjungan selama enam hari di wilayah itu bulan lalu, wartawan AFP bertembung dengan satu sekatan jalan raya dan diarah berpatah balik oleh pasukan keselamatan berhampiran sebuah kem tahanan.
China menyifatkan kem tahanan itu sebagai pusat pendidikan vokasional, di mana etnik Uyghur dan umat Islam lain yang berbahasa Turki diajar bahasa Mandarin dan kemahiran.
“Keganasan yang dilakukan terhadap diri etnik Uyghur dan umat Islam lain… dijadikan supaya tidak kelihatan. Bagi pelancong yang melawat sekitar laluan yang telah ditetapkan, ia kelihatan baik belaka.
“Semua sangat tenang, dan itu adalah kesan daripada keganasan yang dilakukan terhadap penduduk tempatan,” kata Rachel Hariis yang belajar kebudayaan dan muzik Uyghur di Sekolah Pengajian Oriental dan Afrika, Universiti London.
Menurut akhbar propaganda Parti Komunis, kerajaan tempatan menawarkan subsidi pengembara bernilai 500 yuan (AS$73) seorang pada 2014, selepas sektor pelancongan merudum susulan serangan di barat daya China yang dituduh dilakukan kumpulan pemisah Xinjiang.
Menjelang 2020, Xinjiang menyasarkan sejumlah 300 juta pelancong dan meraih 600 bilion yuan (AS$87 bilion), kata biro pelancongan tempatan.
Gurun Taklamakan, laluan sutera lama Gurun Taklamakan, laluan sutera lama, kini diperkenalkan sebagai salah satu destinasi pelancongan di Xinjiang, China.
Pakej pelancongan ke Xinjiang sering memaparkan keindahan alam semula jadi yang kaya di rantau ini, daripada kebiruan air Tasik Karakul hingga Tianshan, Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Ramai yang ditawarkan pengalaman ‘etnik’, kebiasaannya daripada persembahan tarian, dan sesetengah pengusaha pelancongan memasukkan pakej melawat rumah etnik Uyghur.
Walaupun pihak berkuasa China berusaha memasukkan minoriti muslim di rantau ini, mereka menguasai budaya etnik – walaupun versi mudah itu, kata pakar.
“Kebudayaan Uyghur telah dilenyapkan, kecuali nyanyian dan tarian. Yang menyedihkan ialah apa pengakhirannya jika hanya ada bahagian tertentu budaya Uyghur yang dikekalkan semata-mata demi pelancongan,” kata Josh Summers, warga Amerika Syarikat yang tinggal di Xinjiang sejak lebih sedekad lalu dan menulis panduan perjalanan di rantau itu.
Tindakan penguatkuasaan Beijing juga menyukarkan pemasaran pisau kecil yang dikeluarkan kota Yengisar. Sejak peraturan ketat dikuatkuasakan di Xinjiang, hanya beberapa kedai sahaja yang menjual pisau yang dijadikan cenderahati.
Kerajaan komunis China mahu etnik muslim Uyghur menunjukkan persembahan nyanyian dan tarian dengan cemerlang, walaupun mereka hidup dalam sekatan dan peraturan terhadap agama, kata Summers.
Namun, sementara nyanyian dan tarian etnik dipersembahkan kepada pelancong, Uyghur tetap dihalang daripada menunjukkan budaya mereka sendiri.
Sejak beberapa tahun lalu, pemimpin kebudayaan komuniti Uyghur ‘hilang’, meningkatkan kebimbangan mereka ditangkap dan dikurung di kem tahanan.
Februari lalu, Kementerian Luar Turki mendakwa penyair dan pemuzik Uyghur terkenal, Abdurehim Heyit meninggal dunia di dalam penjara China – menyebabkan Beijing menerbitkan bukti video seorang banduan yang mengesahkan dia adalah Heyit.
Menurut laporan media sosial dikirim anaknya, Arslan Hidayat, seorang pelawak terkenal, Adil Mijit, juga dikatakan hilang.
Dan sekalipun pelancong disekat daripada mengetahui bahagian paling buruk mengenai keselamatan Xinjiang, ia tidak sukar untuk bertemu dengan banyak garis merah di rantau itu.
Pelancong dari Asia Tenggara menyifatkan sekatan dihadapinya apabila cuba bersolat di masjid.
Banyak tempat ibadat di Kashgar ditutup, tidak seperti masjid di bandar China yang lain.
Di Masjid Idkah – masjid pusat Kashgar – pelancong berkenaan diberitahu bahawa dia tidak boleh bersolat di dalamnya, tetapi dia perlu membeli tiket untuk memasukinya.
“Mereka mahu memisahkan pelancong dan penduduk tempatan. Banyak hal mengenai Xinjiang yang hendak saya ketahui. Namun, saya berharap Xinjiang akan kekal sebagai Xinjiang sebelum ini,” katanya.
Kongres Uyghur Sedunia (WUCs) pula menggesa komuniti antarabangsa memberi tekanan terhadap China, supaya kebenaran tanpa had diberikan kepada pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memasuki Turkistan Timur, khususnya di kem tahanan di mana etnik Uyghur ditahan.
“Kita tahu China mahu menunjukkan kejayaannya. Tetapi kenapa mengambil masa terlalu lama untuk membenarkan pemerhati bebas memasuki Turkistan Timur?
“Jika ia dipanggil pusat latihan vokasional yang dibuka mulai 2017, kenapa kita baru sahaja mendengar mengenainya sekarang?
“Adalah jelas permainan China sudah berlaku lama dahulu. Komuniti antarabangsa mesti berhati-hati supaya tidak jatuh di dalam permainan ini,” kata Presiden WUCs, Dolkun Isa.
China membuka kem indoktrinasi politik secara meluas pada April 2017 dan telah didokumenkan oleh orang awam, wartawan, ahli akademik, selain masyarakat Uyghur sendiri yang menjadi saksi ketika testimoni.
Tahanan di kem itu tidak didakwa di mahkamah, sebaliknya mereka ditahan kerana melakukan lawatan atau belajar di luar negara, terutama di negara Islam, atau membuat kenyataan berhubung sentiman agama.
Mereka juga ditangkap kerana melanggar undang-undang, seperti mengamalkan cara hidup Islam, menyimpan janggut, belajar al-Quran, memakai hijab, atau belajar bahasa Arab.
Di kem itu terdapat sesi pembelajaran ideologi, paksaan menolak kepercayaan terhadap Islam, selain tahanan dipaksa menyanyi mengagungkan Parti Komunis China.
Bekas tahanan dalam testimoni mereka mengatakan berlaku penderaan, cubaan bunuh diri dan kematian misteri. Kem-kem yang diwujudkan itu juga adalah kemuncak usaha China untuk membudayakan semula keseluruhan etnik Uyghur supaya mengikut ideologi komunis China.
Namun, malangnya ada pemimpin Islam Malaysia yang menyokong tindakan kejam China komunis terhadap umat Islam di Xinjiang. – AFP/Agensi/Ismaweb

Di bawah, gambar kenangan, Ibnu Hasyim semasa melawat pasar malam di Urumqi Xinjiang beberapa tahun lalu.


Lihat Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim Di China.

I. E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan 

II. E-Buku IH-4: Catatan Perjalanan Ke China Bersama Datuk Husam

 E-Buku IH-4: Catatan Perjalanan

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

No comments:

Post a Comment