Spencer (kanan) dikalahkan oleh petarung berpengalaman dari Brazil, Cris Cyborg menerusi keputusan sebulat suara. - Foto AP
SUKAN
UFC 240: Cris Cyborg 'hadiahkan' kekalahan pertama Felicia Spencer
ACARA UFC 240 yang berlangsung di Alberta, Kanada pada Ahad menyaksikan kekalahan pertama buat petarung tuan rumah, Felicia Spencer.
Dalam aksi 'co-main' event featherweight wanita itu, Spencer dikalahkan oleh petarung berpengalaman dari Brazil, Cris Cyborg menerusi keputusan sebulat suara.
Meskipun hanya berpengalaman bertarung sebanyak tujuh pertarungan berbanding Cyborg yang telah bertarung sebanyak 23 kali, Spencer ternyata bukan lawan yang mudah.
Pada pusingan pertama, Spencer diasak oleh Cyborg yang telah melepaskan tendangan padu ke bahagian kepalanya.
Bagaimanapun, Spencer berjaya mara ke hadapan dan menyiku dahi Cyborg hingga terkoyak, mengakibatkan darah mengalir dengan banyak di bahagian tersebut.
Dia kemudiannya menghimpit Cyborg ke tepi gelanggang dan cuba mengunci pergerakan lawannya itu, namun berjaya digagalkan oleh Cyborg.
Berbekalkan pengalaman selama 14 tahun sebagai petarung seni bela diri campuran (MMA) professional, ternyata Cyborg tidak mudah rebah.
Pusingan kedua pula menyaksikan Cyborg agak keletihan di mana serangan kakinya berjaya ditangkap oleh Spencer.
Namun, dengan kuderat yang ada, Cyborg berkaya menjatuhkan Spencer dan melakukan tumbukan 'ground and pound'.
Spencer kemudiannya sekali lagi cuba mengunci lengan Cyborg, namun tidak berjaya.
Pada pusingan ketiga dan terakhir pula, kedua-dua petarung saling bertukar tumbukan dan tendangan.
Cyborg yang dilihat kembali bertenaga, melancarkan beberapa siri tumbukan padu hingga ke saat akhir pusingan.
Sesudah tamat perlawanan, pengadil mengisytiharkan kemenangan kepada Cyborg menerusi keputusan sebulat suara juri.
Bagi Spencer pula, komuniti MMA memberikannya satu penghormatan yang tinggi atas semangat dan kecekalan yang ditunjukkannya sepanjang pertarungan.
Walaupun masih baharu, Spencer mampu bertahan selama 15 minit di dalam Octagon berdepan Cyborg.
Dengan keputusan pertarungan ini, Cyborg kini memegang rekod MMA 21-2-(1 NC) manakala rekod Spencer pula menjadi 7-1.
Video
Sepatutnya negara umat Islam seperti Malaysia dan lain-lan perlu melaksanakan peraturan-peraturan sebagai sebuah negara Islam yang merdeka. Bukan negara umat Islam seperti kebanyakan yang ada di dunia sekarang, tidak mahu mengikut perundangan Islam, bahkan menentang perlaksanaan Islam secara keseluruhan.
Bukan juga seperti sukan Laila Ali, anak bekas juara tinju dunia Muhammad Ali. Lihat..
No comments:
Post a Comment