Wednesday, July 31, 2019

Dadah: Perlu Kekal Kes Jenayah. -'ikan bilis' Yang Kena..




KOTA BHARU: Kerajaan perlu mengekalkan status penyalahgunaan dadah sebagai kes jenayah memandangkan ia bukan hanya isu penagihan semata-mata.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, penagihan dadah perlu dikekalkan sebagai status jenayah.
Katanya penggunaan undang-undang sedia ada perlu dikekalkan di samping menambah program baharu untuk penambahbaikan.
“Sekarang kita tengok dalam penguatkuasaan pun banyak ‘ikan bilis’ yang kena. ‘Orang besar’ yang terlibat dengan pengedaran terlepas pula.
“Itu yang kita tidak boleh selesaikan. Kena ada satu tindakan yang berkesan untuk selesaikan,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.
Sebelum ini Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu penagih dadah tidak lagi dilihat sebagai pesalah jenayah yang perlu dihukum sebaliknya pesakit yang memerlukan rawatan dan pemulihan.
Mohd Amar berkata, sekiranya perkara itu didiskriminalisasikan sudah tentu gejala penagihan dan pengedaran dadah semakin tidak terkawal. – HARAKAHDAILY 31/7/2019

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails