Wednesday, July 31, 2019

Daulah Terpendam Cuba Sabotaj K'jaan PH? Buktikan..



Daulah terpendam melambatkan agenda Malaysia baharu – Kit Siang


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang berkata daulah terpendam merupakan sebab utama mengapa pembaharuan institusi bagi Malaysia Baharu tidak dapat dilaksanakan dengan pantas sebagaimana yang diharapkan.
“Daulah terpendam ini akan menjadi bertambah buruk dan menjahanamkan jika orang ramai yakin bahawa kerajaan PH adalah bersifat sementara, sebagaimana yang diharapkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO, musnah dan hancur dalam masa beberapa bulan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata PH perlu meyakinkan orang ramai bahawa Putrajaya dalam keadaan stabil, kukuh dan komited kepada penganjuran lima tonggak janji utama buat Malaysia Baharu, sebagaimana yang terkandung dalam manifesto PH semasa Pilihan Raya Umum Ke-14, supaya perjuangan bagi menawan hati dan minda daulah terpendam boleh dimenangi.
Penasihat DAP itu berkata demikian semasa merujuk kepada kenyataan Menteri Luar yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Datuk Saifuddin Abdullah bahawa daulah terpendam sedang cuba mensabotaj pentadbiran kerajaan PH.
“Kita mahukan daulah terpendam menyokong kebangkitan Malaysia Baharu, bukannya yang merancang untuk menyekat dan menundukkan pembaharuan institusi, politik dan urus tadbir, kerana tanpanya tidak akan ada Malaysia Baharu,” tambahnya.
Daulah terpendam merujuk kepada “negara dalam negara”, yakni “tangan-tangan ghaib” yang mempunyai kepentingan dan mengajukan agendanya sendiri di luar proses pembuatan keputusan kepimpinan negara, dan di luar dari kerangka politik nasional.
— BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: '..daulah terpendam sedang cuba mensabotaj pentadbiran kerajaan PH'?
Sila Buktikan!


Video: 

JADIKAN DAULAH TERPENDAM DI MESIR 

SATU PENGAJARAN



JADIKAN DAULAH TERPENDAM DI MESIR SATU PENGAJARAN

  • 1 month ago
  • 2,033 views
Menurut Mujahid, pada sepanjang setahun pemerintahan Morsi, daulah terpendam telah melakukan pelbagai operasi sabotaj seperti ...




Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

4 comments:

Anonymous said...

Kepala bapak kafir harbi rasis dan khadam-khadam munafik liberal sedang berusaha untuk menghina dan menghapuskan hak agama Islam dan hak umat Islam termasuklah hak kaum Melayu. Inilah Malaysian Malaysia di mana hak kaum Melayu sebagai penduduk asal negara ini dihapuskan dan dinafikan dan hak pendatang asing dihormati dan diutamakan.

Jika Msia Baru merujuk kepada proses penghapusan hak di atas, maka istilah yang betul ialah Msia Bintang Tiga bukan Msia Baru.

Anonymous said...

Agenda malaysia baru ialah daulah terpendam. Secara beransur menghapus hak bumiputera supaya setara dengan pendatang. Secara beransur menghapus insitusi beraja yg sudah berakar umbi ratusan tahun dan hak memerintah seperti presiden dipegang oleh pendatang. Contoh ialah singapura,pendatang berkuasa penuh pada negara. Ulamak palsu dalam pan dan pkr seperti sabu , anwar dan ramai lagi, adalah penggerak daulah terpendam versi dap.

Anonymous said...

Jika daulah terpendam menjaga perlembagaan yg sedia ada, maka ia harus disokong dan dilihat sebagai suatu yg positif. Fitnah terhadap sebuah parti yg mengamalkan politik sihat pernah berlaku. Diolah supaya parti tersebut dan kepimpinannya dilihat sebagai ekstrem. Sekarang terbukti yg sangat ekstrem adalah dap yg sedang berusaha mengusik perlembagaan sedia ada.

Anonymous said...

Kegagalan malaysia baru bukan disebabkan oleh daulah terpendam. Tetapi lebih kepada penolakan orang melayu yg tidak suka campurtangan dap dalam banyak hal yang berkaitan dengan hak yang telah dipersetujui semasa menuntut kemerdekaan. Hal hukum Islam yang tiada kena mengena dengan mereka pun, mereka yang hendak tentukan boleh atau tidak, ya atau salah, baik atau buruk dan sebagainya. Tentulah campur tangan orang kafir dalam persoalan berkaitan Islam menaikkan suhu didih. Jaga hal cina, tapi jangan usik hal Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails