Charnchai Sitthiphan (kiri) dan isteri mengaku bersalah atas pertuduhan tiga kepala babi hutan tanpa lesen. -Astro AWANI
Padah eksport kepala babi hutan tanpa lesen
ALOR SETAR: Sepasang suami isteri warga Thailand masing-masing didenda RM40,000 dan tiga bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar, pada Isnin, kerana mengeksport tiga kepala babi hutan tanpa lesen di Padang Terap, minggu lalu.
Hakim Murtazadi Amran menjatuhkan hukuman itu terhadap Charnchai Sitthiphan, 62, dan isterinya Phitsinee Sitthiphan, 60, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mahkamah menetapkan kedua-dua tertuduh juga boleh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di laluan eksport Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Putra, Durian Burung dalam daerah Padang Terap, sekitar jam 3 petang, 23 Julai lalu.
Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 65 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang boleh dihukum mengikut seksyen sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 serta penjara tidak lebih setahun.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Mohamad Refaee Abdul Hamid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Eksport kepala babi hutan didenda RM40,000 dan 3 bulan penjara, sedangkan ADUN DAP rogol wanita Indonesia... belum apa-apa!
Lihat lagi..
- Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)
- Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)
- Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)
- Dari Ambil Alih Kedai Gunting Bapa, Kini Jadi Juta...(4)
1 comment:
Sama sama jer pkr dan dap. Dapat kuasa dapat sex. Jual kepala babi lebih hina dari rogol.
Post a Comment