Firdaus Wong Wai Hung (kanan) dan Siti Zabedah Kasim. - UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR 12 Julai - Pendakwah Islam, Firdaus Wong Wai Hung mengambil tindakan saman fitnah berjumlah RM2 juta terhadap peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim hari ini.
Saman fitnah itu dinyatakan oleh Firdaus menerusi Facebook rasminya pagi ini berhubung kenyataan Siti Kasim yang berbaur fitnah dalam laman media sosial sama sebelum ini.
“Ini bukan saman kerana Puan Siti mencabar saya berdebat dan kemudian...Ini saman fitnah kedua saya selepas Arunakiri Nathan yang memfitnah saya sebelum ini. Insya Allah ini bukan yang terakhir, minggu depan seorang lagi yang berprofil tinggi juga akan disaman.
“Atas nasihat peguam, saman fitnah RM2juta difailkan terhadap Puan Siti Zabedah Kasim atas kenyataannya dalam Facebook yang berbaur fitnah terhadap saya. Cukuplah selama ini mereka bebas bercakap dan berbuat sesuka hati tanpa ada tindakan undang-undang.
“Zaman kita berdiam diri dan diserang bertubi-tubi sudah berakhir. Kita perlu serang dengan ilmiah serta tindakan undang-undang. Doakan kemenangan kita semua. Semoga ada kebaikan daripada saman ini dan keharmonian negara berdasarkan Rukun Negara serta nilai ketimuran terus terjaga,” katanya dalam laman media sosial itu di sini pagi ini.
Siti Kasim sebelum ini menolak pelawaan berdebat secara langsung di tempat terbuka bersama Firdaus dengan kos perbelanjaan debat itu akan dikongsi oleh kedua-dua pihak serta dicadangkan untuk disiarkan secara langsung dalam platform media yang dipersetujui bersama.
Bagaimanapun, debat yang dirancang dengan tiga tajuk yang sudah dikemukakan itu hanya dipersetujui oleh Siti Kasim sekiranya diadakan secara FB Live sahaja kerana beliau tidak berhasrat untuk membazirkan wang untuk membayar kos penganjuran tersebut. -UTUSAN ONLINE
Lihat lagi..
- Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)
- Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)
- Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)
No comments:
Post a Comment