Tuesday, July 16, 2019

Gempar! PAS Bersama UMNO Tubuh K'jaan, Tak Semestinya Lepas PRU 15 -SU Agung PAS


Hasil carian imej untuk DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
PAS akan terus bersama Umno tubuh kerajaan


PAS tidak akan bersama Pakatan Harapan, sebaliknya bersama Gagasan Sejahtera akan terus berta’awun dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan Kerajaan, sama ada sebelum PRU15 dan semestinya selepas PRU15.
PAS pada masa ini akan memberikan fokus dan tumpuan sepenuhnya dalam menjayakan Agenda Perpaduan Ummah bersama Umno di samping tidak meninggalkan parti-parti BN lain serta rakan-rakan BN yang mewakili pelbagai kaum termasuk dari Sabah dan Sarawak.
PAS yakin Muafakat Nasional yang diterajui oleh Umno dan PAS serta disokong oleh parti-parti lain kini merupakan pilihan terbaik untuk rakyat ke arah negara Malaysia yang lebih sejahtera, aman dan makmur.
Sokongan padu rakyat pelbagai kaum dan momentum politik yang menyebelahi parti-parti Blok Pembangkang di masa ini membayangkan hasrat rakyat Malaysia yang inginkan suatu perubahan pada negara dalam waktu paling dekat.
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN 


No comments:

Post a Comment