Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Bandung sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa berhubung aktiviti gunung berapi sebelum ia meletus. Pasukan SAR turut mempercepatkan proses memindahkan penduduk setempat daripada kawasan berkenaan.
“Kami sudah menjangkakannya, Pejabat SAR Bandung telah meningkatkan kesiapsiagaan dan tahap persediaan untuk menghadapinya. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, Pejabat SAR Bandung sudah bersedia untuk membantu,” jelas Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Jawa Barat, Deden Ridwansyah dalam satu kenyataan akhbar.
Selain itu, Deden turut menyatakan pihaknya akan menyeragamkan operasi bersama PT Graha Rani Putra Persada (GRPP) iaitu pihak pengurusan Taman Negara Gunung Tangkuban Parahu (TWA).
GRPP sudah memindahkan pengunjung dan penduduk setempat di sekitar TWA.
Gunung Tangkuban Parahu setinggi 2,284 meter (m) memuntahkan awan debu setinggi 200 meter. Awan debu berwarna kelabu dengan debu tebal dilaporkan menghala ke arah kawasan timur laut dan selatan.
Ketua Pusat Meteorologi dan Pengurusan Bencana di Agensi Geologi, Kasbani pula menyatakan letusan itu direkodkan dengan amplitud maksimum 38 milimeter kira-kira 5 minit 30 saat.
Buat masa ini, gunung berapi itu diletakkan pada amaran tahap 1 atau dianggap normal.
Kasbani mengingatkan orang ramai di sekitar Gunung Tangkuban Parahu, tidak kira sama ada pengunjung, pendaki mahupun pelancong tidak dibenarkan turun ke dasar Kawah Ratu dan Kawah Upas. - Agensi

Video: ASAL USUL TANGKUBAN PERAHU


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)