Wednesday, July 10, 2019

Ini, Wanita Atau Lelaki Yang Zalim?




NEW DELHI: Seorang lelaki diikat dan dibelasah kaum ibu di kampungnya selepas dituduh menyerang seorang kanak-kanak secara seksual dengan video ‘hukumannya’ tular di India.
Dalam rakaman itu, tiga wanita dilihat mengelilingi lelaki itu yang tangannya diikat ke belakang, sebelum mengheretnya di atas tanah menggunakan tali panjang sambil ada antara mereka menggunakan kayu untuk memukulnya.
Puluhan wanita dan kanak-kanak yang turut berada di situ hanya memerhatikan lelaki itu dipukul, lapor Mail Online.
Lelaki itu langsung tidak melawan sebaliknya kelihatan pasrah dirinya dipukul.
Pada akhir rakaman itu, seorang anggota polis dilihat bercakap dengan kumpulan wanita berkenaan manakala suspek terbabit masih terbaring atas tanah dengan tangannya diikat.
Butiran serangan terhadap kanak-kanak itu bagaimanapun tidak dinyatakan.
Video berkenaan dimuat naik ke LiveLeak dan sudah ditonton lebih 23,000 kali.
(Agensi)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Yang zalim ialah yang tidak ikut perturan-peraturan agama dari langit, walaupun ia sebuah kerajaan.

SEORANG anggota polis dilihat bercakap dengan kumpulan wanita berkenaan manakala suspek masih terbaring atas tanah.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-64: Rogol Di India
E-Buku IH-64: Rogol Di India

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails