Ketua Polis Daerah, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, hasil maklumat dan risikan, satu serbuan dilakukan pada pukul 5.30 petang oleh sepasukan anggota dari unit Op Judi Laga Ayam menahan kesemua yang terlibat berusia tiga hingga 65 tahun termasuk seorang lelaki Indonesia dan dua lelaki Thailand.
Katanya, dalam operasi tersebut, polis merampas barang perjudian membabitkan 27 ekor ayam laga, 10 sangkar besi ayam laga, 11 sangkar plastik ayam laga, satu penimbang elektronik, satu bilah taji ayam laga.
"Turut dirampas satu kotak pil vitamin B-complex, satu kotak pil derby, satu kotak viminolak, satu papan putih, tiga unit walkie talkie dan wang dianggarkan bernilai RM10,526.
"Kesemua yang ditahan termasuk dua kanak-kanak dan tiga lelaki warga asing bersama-sama barang rampasan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahsmon berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 dan Seksyen 6(1)c) Akta Imigresen 1959/63.
"Semua tahanan direman bermula semalam hingga 1 Ogos ini dan tangkapan warga asing pula direman sehingga 11 Ogos ini untuk siasatan lanjut manakala kanak-kanak itu pula diserahkan kepada keluarga,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Imej yang berkaitan
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kejar sampai dalam hutan tangkap penjudi ayam sabung. Judi dalam bandar TOTO, 4 nombor ekor, Tak ape.. Bahkan di Genting Highland di kawal lagi..
Sama saja kalau kerajaan 'sekular' yang memerintah!

Hibur Hibur Sikit..
Video:

ANAK AYAM (Karaoke)

lagu klasik nyanyian dan lakonan M.Zain 

dari filem"Singapura Dilanggar Todak"