Pegerakan Pemuda UMNO Malaysia mengikuti rapat perkembangan kes rogol membabitkan pembantu rumah warga Indonesia oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul Yong.
Sejak awal lagi persepsi berkeliaran mengenai amalan pilih kasih dalam kes ini apabila Paul Yong tidak direman namun kini siasatannya sudah sempurna dan diserahkan oleh pihak polis kepada Peguam Negara, Tommy Thomas sebagaimana kenyataan Ketua Polis Negara pada 23 Julai lalu.
Kes ini sangat perlu disegerakan kerana ia mendapat perhatian masyarakat antarabangsa khususnya negara jiran kita, Indonesia, selaku negara asal pembantu rumah itu.
Kami merasa hairan mengapa Paul Yong belum dihadapkan ke mahkamah sedangkan kes ini berlaku pada 7 Julai lalu lebih awal daripada satu lagi kes yang serupa iaitu kes cabul membabitkan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Melaka, Ma’on @ Yunus Abu Samah, yang berlaku pada 15 Julai lalu.
Jika Ma’on, yang kesnya lebih ringan dan lebih lewat, tetapi ditahan reman empat hari berbanding Paul Yong yang tidak direman, telah didakwa dua hari lalu maka mengapa pula Paul Yong, yang kesnya lebih berat dan lebih awal, masih belum didakwa?!
Apakah kerana Paul Yong seorang pemimpin DAP manakala Ma’on seorang rakyat biasa maka Paul Yong wajar diberikan layanan lebih istimewa?
Atau apakah kerana Paul Yong seorang Exco Kerajaan Negeri Perak manakala Ma’on hanya seorang Pengerusi MPKK di Melaka maka Ma’on lebih cepat didakwa?
Tidak dapat tidak, persepsi sebegini akan terus berleluasa selepas Peguam Negara sebelum ini bertindak menggugurkan pendakwaan kes rasuah pemimpin DAP, Lim Guan Eng dan beberapa kes berprofil tinggi membabitkan pimpinan PH.
Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyeru Peguam Negara tidak melengahkan pendakwaan ke atas kes ini bagi memastikan imej perundangan negara terjaga dan sekali gus bagi menjernihkan persepsi rakyat terhadap sikap pilih kasih Tommy Thomas sebagaimana kes-kes sebelum ini yang terkait dengan pimpinan Kerajaan dan DAP!
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Sudah terbit!!
IC ‘Pintu Belakang’ ? 27 JULY 2019
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Sudah terbit!!
IC ‘Pintu Belakang’ ? 27 JULY 2019
RAMAI pihak melahirkan kebimbangan dengan laporan pertemuan tertutup enam pemimpin DAP dengan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagi membincangkan isu-isu kewarganegaraan baru-baru ini di pejabat Kementeriam Dalam Negeri (KDN).
Lihat lagi..
- Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)
- Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)
- Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)
- Dari Ambil Alih Kedai Gunting Bapa, Kini Jadi Juta...(4)
1 comment:
Mengapa seorang pemimpin PANdir yang didakwa mencabul seorang gadis didakwa di mahkamah tetapi pemimpin DAPig yang didakwa merogol pembantu rumah masih hidup bebas ?
Adakah kesalahan mencabul lebih berat dari jenayah merogol seorang gadis ?
Mengapa seorang barua DAPig telah dijatuhkan hukuman penjara tetapi barua ini masih hidup bebas di tempat awam ?
Bukankah ini menunjukkan Pakatan Hancing pimpinan DAPig mengamalkan double standard ?
Inikah rule of law yang telah dijanjikan oleh Pakatan Hancing kepada rakyat ? Apakah rule of law ini ? Communist rule of law ? Nazi rule of law ?
Pakatan Hancing pimpinan DAPig telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu. Hancing seluruh negara.
Post a Comment