Tuesday, July 16, 2019

Kes Wan Ji Ditangkap, SU PAS Sanggah Kit Siang.


Hasil carian imej untuk wan Ji ditangkap

KL: Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan membidas saranan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menggesa Timbalan Pendakwa Raya (DPP) merujuk Manifesto PH bagi mengelakkan kes seperti Wan Ji yang ditangkap di bawah Akta Hasutan berulang.
Sanggah Takiyuddin, Kit Siang tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana tindakan Hakim Mahkamah adalah berlandaskan dasar undang-undang yang sedia ada di negara ini.
"Hakim membuat keputusan berlandaskan undang-undang yang ada. Kalau tidak mahu hakim kenakan undang-undang Akta Hasutan, kena pindalah atau hapuskan akta tersebut dan hal ini semua terletak atas keputusan kerajaan.
"Langkah (saranan Kit Siang) untuk meminta pegawai kerajaan melihat manifesto parti pilihan raya, maka itu adalah tindakan tidak wajar sebab dia pegawai kerajaan dia kena melaksanakan mengikut dasar yang ada.
"Lim Kit Siang sebagai parti yang berada dalam kerajaan, dia kena pastikan kerajaan ubah dasar yang ada ini sebagaimana manifesto itu. Dia yang perlu buat bukan pegawai perlu buat," katanya ketika ditemui di Pejabat Pembangkang Bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Menurutnya lagi, PAS berpendirian bahawa Akta Hasutan wajar dikekalkan demi menjamin keharmonian negara, namun perlu dipinda mengikut kesesuaian keadaan semasa di negara dan menekankan akta ini tidak harus disalahgunakan.
Sebagaimana Akta ISA ujarnya, PAS sebelum ini menyokong dikekalkan sebagai usaha mengekang pergerakan anasir subversif komunis, namun akta tersebut telah disalahgunakan terhadap musuh politik kerajaan.
"PAS menyokong akta ISA dulu sebab ISA itu digunakan untuk mengekang pergerakan dan juga anasir subversif komunis tetapi ternyata ISA disalahgunakan kepada musuh politik kepada parti pemerintah.
"Walaupun benda itu pandangan PAS, akta itu perlu tetapi jangan disalahgunakan. Salah guna itu yang tidak betul, undang-undang itu tidak ada masalah," katanya. - HARAKAHDAILY 15/7/2019

1 comment:





  1. Excellent Blog! I would like to thank for the efforts you have made in writing this post. I am hoping the same best work from you in the future as well. I wanted to thank you for this websites! Thanks for sharing. Great websites!

    https://apkfasak.com/

    ReplyDelete