DALAM sejarah tanah air ini, Tanah Melayu yang digelar 'Semenanjung Emas' atau 'Subvanabbumi' dan pelbagai gelaran lain sentiasa memicu perhatian pelbagai bangsa daripada pelbagai penjuru dunia untuk datang menghirup udara segar serta memugar rezeki. Kemasukan migran asing secara besar-besaran bermula di penghujung abad ke-19 kerana penjajah British ingin menggerakkan ekonomi komersial.
Migran Cina yang diangkut oleh British melalui sistem Tiket dan sistem Kangchu daripada Tanah Besar China. Mengelompok sesama mereka di kawasan bijih timah, akhirnya membentuk sistem pendidikan mereka sendiri dan membawa kesan sosial yang besar kepada Malaya. Budaya kongsi gelap, perjudian, pelacuran, bahkan dalam dekad 1930-an menjadi tunjang kepada Partai Komunis Malaya.
Etnik Cina akhirnya membnagunkan pekan-pekan dan menguasai sektor strategik ekonomi negara ini.
Etnik Cina akhirnya membnagunkan pekan-pekan dan menguasai sektor strategik ekonomi negara ini.
Etnik India yang dibawa oleh British melalui sistem Kanggani dan sistem Tiket diletakkan di ladang-ladang getah sehingga membawa kepada masalah polarisasi yang serius kepada Tanah Melayu. Pengasingan kaum ini diburukkan lagi dengan politik komunal dan dasar pecah dan perintah Kerajaan British.
Kemerdekaan negara kita pada tahun 1957 mengheret satu isu yang besar berkaitan kewarganegaraan tanah leluhur ini. Dasar Jus Soli yang diperkenalkan oleh Bristish seperti menyimbah api pada bara perkauman. Orang Melayu sangat tidak berpuas hati, malah kemarahan ini juga diletakkan dalam peti undi protes Pilihan Raya Umum tahun 1959. Ramai cendekiawan Melayu saat itu berpihak kepada PAS, sehingga Umno menerima tempias kemarahan orang Melayu. Parti PERIKATAN boleh menang selesa di kawasan campuran, namun tidak menang di dua buah negeri jantung hati orang Melayu (Kelantan,Terengganu) pada tahun 1959.
Kini isu kewarganegaraan muncul kembali pasca 9 Mei 2018, sangat menjolok mata dan membimbangkan. Parti DAP yang menunjangi Kerajaan PH dilihat paling ke hadapan dalam isu kewarganegaraan. Apakah perancangan mereka sebenarnya? Apakah agenda sulit dalam pertemuan pimpinan utama DAP dengan Menteri Dalam Negeri? Rakyat perlu tahu dan wajar untuk bimbang memandangkan politik komunal semakin membarah pasca Mei 2018.
Pada 18 Julai 2019, dengan penubuhan 'Backbenchers Citizenship Committee' dengan keahlian 10 orang pimpinan DAP (Ahli Parlimen) adalah berbau etnosentrisme dan wajar dicurigai oleh kaum Peribumi. Mengapa tiada anggota parti lain? Apa agenda besar DAP dalam isu membuka kewarganegaraan? Apatah lagi pertemuan tertutup pada 22 Julai 2019 dengan Menteri Dalam Negeri berkaitan isu kewarganegaraan?
Sebagai pengamat sosio politik, wajar penulis merasa bimbang dan bersalut kecurigaan. Adakah usaha pimpinan etnosentrism dalam Kerajaan PH untuk menambah bilangan sesuatu kaum secara sistematik adalah bertujuan untuk menguasai politik negara ini pada masa akan datang?
Rakyat wajar juga merasa bimbang dengan teori konspirasi bidak catur musuh Islam untuk membawa masuk bangsa-bangsa luar demi mengucar-kacirkan sosiobudaya negara ini yang dilihat mempunyai peranan dalam komuniti dunia Islam. Dunia Islam tidak lagi memandang negara Arab sebagai sumber rujukan politik dan kebaikan. Negara bukan Arab seperti Turki dan Malaysia diintai sebagai kuasa semak dan imbang dalam komuniti Islam dunia.
Di wilayah Asia Tenggara ini, hanya negara Malaysia, Indonesia dan Brunei sahaja mempunyai majoriti umat Islam, kaum peribumi masih teguh memegang akidah Islam. Adakah keistimewaan ini akan dipenggal daripada Malaysia? Kepada pemimpin PH, kalian sedang diperhatikan dan jangan menganggap kaum peribumi sedang lena diulit intan.
Awas! Jangan rosakkan keharmonian tanah leluhur ini yang sekian lama aman damai. Kami tak harapkan pada pemimpin PAN kerana kalian rela ditunggang dan menjadi khadam. Umat Islam wajib bangkit dan peka akan isu permohonan kewarganegaraan yang mendadak ini.
Awas! Jangan rosakkan keharmonian tanah leluhur ini yang sekian lama aman damai. Kami tak harapkan pada pemimpin PAN kerana kalian rela ditunggang dan menjadi khadam. Umat Islam wajib bangkit dan peka akan isu permohonan kewarganegaraan yang mendadak ini.
(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI) - HARAKAHDAILY 26/7/2019
Lihat lagi..
- Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)
- Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)
- Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)
- Dari Ambil Alih Kedai Gunting Bapa, Kini Jadi Juta...(4)
No comments:
Post a Comment