PEKERJA Muslim Pihak Berkuasa Antikuiti menunaikan solat di tapak tinggalan masjid purba di bandar Badwi Rahat, kelmarin. AFP/agensi
BAITULMUQADDIS 19 Julai - Tapak tinggalan masjid berusia 1,200 tahun, satu daripada masjid terawal di dunia ditemukan semasa penggalian arkeologi di bandar Badwi Rahat di utara Beersheba, Israel.
Lapor The Jerusalem Post, Pengarah Penggalian bagi Pihak Berkuasa Antikuiti, Shahar Zur dan Dr. Jon Seligman berkata, sebuah masjid luar bandar dari zaman dahulu adalah jarang ditemukan di Asia Barat dan dunia.
Katanya, penemuan bangunan seumpama itu adalah jarang berlaku dan tidak pernah ditemukan sehingga sekarang.
“Pada zaman itu, terdapat masjid besar di Baitulmuqaddis dan Mekah tetapi di sini adalah bukti rumah ibadat purba dipercayai digunakan oleh petani yang tinggal di kawasan itu.
“Kami menemukan tinggalan tapak sebuah masjid terbuka, bangunan segi empat tepat dengan mihrab yang menghadap ke selatan, ke arah Mekah. Ciri-ciri ini adalah bukti tujuan bangunan ini digunakan, ratusan tahun dahulu,” kata Zur dan Seligman.
Sebuah ladang dari akhir zaman Byzantine (500-600 Masihi) juga ditemukan semasa penggalian itu termasuk penempatan kecil dari era permulaan Islam (600-700 Masihi).
Pakar Pihak Berkuasa Antikuiti, Profesor Gideon Avni berkata, tapak itu adalah satu daripada masjid terawal yang diketahui dari masa kedatangan pertama Islam di Israel, selepas penaklukan Arab pada tahun 636 Masihi.
“Penemuan masjid di berhampran sebuah bandar pertanian di antara Beersheba dan Ashkelon menunjukkan proses perubahan budaya dan agama yang dialami semasa peralihan dari zaman Byzantine hingga tempoh Islam awal.”
“Penemuan bandar dan masjid di sebelahnya, menyumbang secara signifikan kepada kajian mengenai sejarah tanah ini,” katanya. – AGENSI
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tapak tinggalan masjid berusia 1,200 tahun, satu daripada masjid terawal di dunia ditemukan itu, membuktikan bahawa bumi Israel itu sendiri adalah bumi umat Islam yang dirampas Zionis. Oleh itu, perjuangan mengembalikan hak umat Islam itu wajib diteruskan.
Teruskan solat di situ.. Allahu Akbar!
Lihat lagi..
- Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)
- Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)
- Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)
No comments:
Post a Comment