Gambar hiasan
Transgender, pelacur pernah anggotai CCM - Rosnah
KL - Pelantikan golongan minoriti seperti transgender yang menganggotai Mekanisme Penyelarasan Negara (CCM) bukan sesuatu yang baharu, malah turut berlaku semasa era pemerintahan kerajaan sebelum ini.
Bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengakui perkara tersebut wujud sebelum beliau menjawat jawatan di Kementerian Kesihatan lagi
.Menurutnya, pelantikan berkenaan adalah mengikut prosedur sedia ada termasuk daripada kalangan golongan pekerja asing, pelacur serta transgender.
“Fungsi CCM ditubuhkan adalah untuk memberi pendedahan berkaitan kesihatan kepada golongan minoriti seperti itu.
“Jadi, mereka berperanan memberi pendidikan berkaitan kesihatan kepada golongan minoriti di negara ini. Tidak silap saya wakil daripada golongan pekerja asing, pelacur, transgender sudah ada dilantik dalam jawatankuasa itu sebelum ini,” katanya yang dipetik laporan akhbar Sinar Harian hari ini.
Pada Ahad lalu tular dalam media sosial berhubung Kementerian Kesihatan melantik seorang transgender, Rania Zara Medina sebagai ahli CCM melalui surat pelantikan rasmi bertarikh 25 Jun lalu.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye menerusi kenyataan kelmarin menjelaskan, pelantikan Rania sebagai ahli CCM Malaysia bagi penggal 2019 hingga 2021 adalah mengikut prosedur sedia ada.
Dalam pada itu, Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, pemilihan ahli daripada golongan minoriti itu bukanlah satu keputusan yang salah, kerana perkara itu mengkhususkan kepada usaha merapatkan hubungan antara kerajaan dengan golongan terbabit dalam menyebarkan pendidikan kesedaran.
“Cuma saya terkilan dengan Kementerian Kesihatan, apabila fungsi dan tujuan lantikan AJK itu tidak diperjelaskan kepada umum sehingga masyarakat melihat dari sudut negatif.
“Sepatutnya kerajaan beri penjelasan lebih awal mengenai CCM dan siapa ahlinya selain peranan yang dimainkan,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sama saja BN dulu dengan PH sekarang dalam hal pelacur, transgender, dan maksiat-maksiat lain kecuali pemerintahan berdasarkan Islam.
3 comments:
Awat otak hangpa semua baghal....nak hancurkan PAS kena guna ahli PAS, kalau guna ahli PH maka PAS akan bertambah kuat. Nak tarik golongan LGBT supaya mendekati Islam, kena guna puak LGBT sendiri baru mereka nak ikut. Kalau guna puak serban berjela , puak LGBT ni akan lari....matlamat tak berjaya. kalau ibnu nak siarkan petikan, siasat dulu, petikan ni dari orang bodoh atau orang bijak...kalau siar petikan dari orang bodoh, tuan pun bodoh sama, atau terlebih bodoh macam keldai..
Nak halau babi pegijadi babi.. bodoh..
pakai nama Islam, kelaku macam Yahudi...itulah ahli PAS
Post a Comment