Lapor Antara News, semasa pertemuan di kediaman pe­mimpin PDIP itu, Megawati menyediakan makanan kesukaan Prabowo, nasi goreng yang dimasaknya sendiri.
Malah, Prabowo mengakui nasi goreng yang dimasak oleh Megawati sangat sedap, sehingga menambah makanan terbabit.
“Kalau seorang wanita menjadi pemimpin dan ahli politik, rupanya terdapat bahagian yang mudah melembutkan hati seorang lelaki, itu dinamakan politik nasi goreng yang ternyata sangat efektif.
“Kata Prabowo, nasi goreng yang saya buat itu sangat sedap dan disokong oleh mereka yang hadir,” kata Megawati hari ini.
Dalam pertemuan itu juga, Megawati mengaku menyatakan kepada Prabowo bahawa perbezaan pendapat adalah perkara biasa.
Menurut Megawati, perbezaan itu harus diteruskan.
“Mari kita berdamai kembali, persahabatan kita sehingga ke akhir hayat demi kepentingan bangsa dan negara,” tegas beliau.
Selain itu, Megawati juga menyatakan beliau sentiasa terbuka untuk berkomunikasi de­ngan mana-mana pihak. – AGENSI


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)