Restoran The Golok Cafe milik suami, Nadya Shahera dilaporkan telah terbakar sekitar pukul 10 malam semalam.
HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR - Restoran The Golok Cafe milik suami pelakon, Nadya Shahera dilaporkan terbakar sekitar pukul 10 malam semalam.
Nadia menerusi laman Instagramnya memberitahu punca kebakaran pada kedai yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam itu adalah disebabkan kebocoran gas.
“Alhamdulillah, semua orang yang berada di kafe selamat cuma ada seorang sahaja pekerja yang tercedera.
“Saya mewakili pihak suami dan kedai memohon maaf kepada semua pelanggan yang terlibat. Kami halalkan semua makanan yang dipesan,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu turut memohon agar urusan mereka dipermudahkan bagi proses baik pulih kedai dan perniagaan selepas ini. - K! ONLINE
Lihat lagi..
- Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)
- Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)
- Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)
No comments:
Post a Comment