Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri juga tidak berhasrat untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu.
"Isu perkahwinan dan perceraian adalah perkara lumrah dalam kehidupan dan tidak perlu dijadikan diperbesarkan atau pun dijadikan sebagai tajuk utama akhbar.
"Saya hairan apabila isu tersebut dijadikan laporan muka hadapan beberapa akhbar utama. Apakah tujuan tindakan itu dilakukan, Kita bimbang jika ada agenda tersembunyi disebalik tindakan itu kerana perkara ini melibatkan seorang Sultan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
"Sultan ini ibarat mak ayah, kita kena hormatlah macam kita hormat Perdana Menteri. Kita tidak setuju itu cerita lain tetapi penghormatan perlu ada," katanya.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini menyiarkan laporan muka hadapan mengenai Sultan Muhammad V yang didakwa telah menceraikan Rihana Oksana yang berasal dari Rusia.
Dalam pada itu, Mohd. Amar berkata kerajaan Kelantan belum menerima sebarang arahan untuk mengambil tindakan ke atas pihak atau individu tertentu yang menyalahgunapakai gelaran dari istana.
Semalam, Pengelola Istana Datuk Nik Mohd. Shafriman Nik Hassan melalui satu kenyataan berkata, tiada sesiapa boleh digelar Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau 'Queen of Kelantan' tanpa sebarang pengumuman rasmi dari Istana Kelantan.
Kenyataan rasmi itu juga turut memaklumkan Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra ialah Tengku Mahkota Kelantan manakala Tengku Anis Tengku Abdul Hamid digelar Raja Perempuan Tengku Anis. - Bernama


Video: 

Betul ke Sultan Kelantan Bercerai ? Apa Kata Nik Amar

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)