Sunday, July 21, 2019

Teruskan Bantah Projek PSR (Tambakan Selatan PP). Ibnu Hasyim Sokong.

 
BALIK PULAU: Bantahan cadangan pembinaan tiga pulau buatan projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) perlu diteruskan oleh para penduduk kerana ia adalah sumber dana untuk Kerajaan Pulau Pinang.

Pengerusi Pertubuhan Warisan Tanah dan Teroka Bandar (TEROKA), Zikrullah Ismail berkata demikian dalam program Sembang Santai Bahana Penambakan 3 Pulau di Dewan Nelayan Sungai Batu, di sini hari ini.

Menurut Zikrullah, dengan dana kewangan besar boleh diperolehi nanti, parti itu bukan sahaja akan melakukan projek-projek yang merosakkan alam sekitar, malah juga sosio demografi dan kebudayaan negeri.

"Kerajaan DAP Pulau Pinang terdesak untuk meneruskan projek tambakan ini kerana mahu mengaut keuntungan dengan merosakkan alam dan menzalimi masyarakat nelayan dan kampung.

"Masyarakat ini dizalimi apabila sosio-demografi diubah secara rakus akhirnya merosakkan kawasan kebudayaan penduduk asal yang majoritinya terdiri daripada Melayu Muslim.

"Sekiranya penambakan ini berjaya dibatalkan, ianya suatu kemenangan untuk seluruh rakyat Pulau Pinang," ujar beliau lagi.

Program ini turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammmad Fauzi Yusoff dan Pegawai Penyelidik Menteri Besar Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani serta Ketua Umno Bahagian Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah.

Dewan Muslimat PAS Kawasan Balik Pulau turut membantu nelayan dan hadirin membuat bantahan melalui petisyen dari talefon pintar masing-masing semasa program ini dijalankan. - HARAKAHDAILY 20/7/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ibnu Hasyim menyokong saranan Pengerusi Pertubuhan Warisan Tanah dan Teroka Bandar (TEROKA), seperti yang diperjuangkan Zikrullah Ismail tersebut.

Ibnu Hasyim pernah menjadi YDP PAS Kawasan Balik Pulau seketika dulu. Ya, teruskan perjuangan saudara!

2 comments:

Anonymous said...

Ya, Komrad Ibnu Hasyim. Orang yang selalu nampak dan kritik kesalahan orang lain adalah oarang yang GAGAL seumur hidup.

Anonymous said...

Ibnu Hasyim dan kroni-kroninya yang untung, dapat masyuk RM15 ribu......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails