“VIDEO kejadian ragut dirakam tanpa sengaja dan saya memuat naiknya (video) di laman sosial dengan niat meminta bantuan warganet melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka dapat mengecam pelakunya,” kata Imran Hakim Lamin, 24, berhubung video dimuat naik di akaun Facebook (FB) miliknya, hari ini.
Video berdurasi 55 saat itu menunjukkan rakaman seorang wanita berjalan melintasi lampu isyarat sebelum diragut penunggang motosikal di hadapan pusat beli-belah Sogo, di sini.
Setakat 6 petang hari ini, video berkenaan mendapat 113,000 tontonan, 1,300 tanda suka dan dikongsi lebih 7,300 kali oleh warganet.
Imran berkata, video itu dirakam pada 12.40 tengah hari 4 Julai lalu ketika dia dan rakannya, Muhammad Irshan Mohamad Rasul, 24, berjalan dari Kompleks Pertama menuju ke Sogo untuk makan tengah hari.
Imran berkata, video itu dirakam pada 12.40 tengah hari 4 Julai lalu ketika dia dan rakannya, Muhammad Irshan Mohamad Rasul, 24, berjalan dari Kompleks Pertama menuju ke Sogo untuk makan tengah hari.
“Kebetulan, saya membawa dua kamera dan salah satunya digunakan untuk membuat Vlog bagi merakam visual ketika perjalanan kami dari Kompleks Pertama ke Sogo.
“Tiba-tiba, berlaku kejadian ragut di depan mata dan saya tidak sangka salah satu kamera masih berfungsi serta sempat merakam dengan jelas apa yang berlaku termasuk wajah mangsa, pelaku dan nombor pendaftaran motosikalnya.
“Saya hanya menyedari rakaman itu selepas selesai makan tengah hari sebelum bergegas ke Balai Polis Dang Wangi untuk membuat laporan pada 3.33 petang hari kejadian,” katanya.
Imran berkata, dia tidak memuat naik video itu pada hari kejadian kerana akur dengan nasihat polis bagi membolehkan mereka membuat siasatan.
Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, sebelum memuat naik video berkenaan di FB, dia terlebih dulu berkongsi rakaman berkenaan di YouTube dan Twitter.
Katanya, perkongsian di FB lebih mendapat perhatian warganet berbanding dua platform lain.
“Pada mulanya, saya muat naik video itu di YouTube dan Twitter, namun jumlah tontonan di kedua-dua platform itu tidak banyak.
“Saya kemudiannya memuat naik video sama di FB dan terkejut apabila rakaman itu mendapat 30,000 tontonan dalam tempoh sejam.
“Berdasarkan maklum balas diterima, ramai berminat untuk membantu mangsa dan saya tidak keberatan bertemu dan memberi salinan video berkenaan kepadanya (mangsa) jika diperlukan,” katanya yang menetap di Danau Kota, Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment