Saturday, July 27, 2019

Tuduhan Libatkan NGO, Zakir Naik, Pemisah Selatan Thai.. -Tuan Ibrahim.





PAS bantah tuduhan M Indira Gandhi 
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) membantah sekeras-kerasnya tuduhan melulu M Indira Gandhi yang mendakwa badan bukan kerajaan mesra PAS bersama Zakir Naik dan puak pemisah di Selatan Thai melindungi bekas suami dan anaknya. Ia satu tuduhan jahat dan cubaan mengaitkan PAS dengan aktiviti ekstrimisme.
PAS dengan tegas menafikan penglibatan melindungi bekas suaminya, Mohd Riduan daripada pihak berkuasa seperti yang didakwa oleh M Indira Gandhi. PAS menuntut supaya dia menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf atas dakwaan berat yang telah dikaitkan dengan PAS.  
Sekian, terima kasih.
TUAN IBRAHIM TUAN MAN 
Timbalan Presiden PAS 
Ahli Parlimen Kubang Kerian

1 comment:

  1. LTTE adalah pertubuhan pengganas hindu Sri Langka yangvsangat ganas. Sebaliknya PAS adalah parti Islam yang berjuang menegakkan Islam secara aman.

    Mengapa sebilangan puak kafir suka membela LTTE dan menfitnah PAS ? Inilah double standard yang menjadi amalan puak kafir tersebut.

    Mengapa Indira tidak melaporkan pemuja LTTE dalam DAP kepada polis ? Bukankah ini satu bentuk hipokrasi yang sangat menjijikkan?

    ReplyDelete