Sunday, July 14, 2019

Video seks Ketua AMK: Polis Sudah Hantar 2 X Kertas Siasatan..

Hasil carian imej untuk Video seks: Polis sudah hantar 2 kali kertas siasatan
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berucap pada Rumah Terbuka Malam Semarak Kasih Melati 2019 di Perumahan Blok Melati PDRM, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 13 JULAI 2019.


KUALA LUMPUR – Polis sudah menghantar dua kali kertas siasatan berkaitan video seks melibatkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan dengan seorang menteri baru-baru ini.
Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador memberitahu, proses pendakwaan akan mengambil masa termasuk yang terakhir pada Khamis lalu.
Pasukan siasatan kes video itu juga dikatakan telah mengadakan perbincangan beberapa kali berhubung hasil siasatan mereka namun pejabat Peguam Negara masih belum berpuas hati.
Justeru itu jelas beliau, pihaknya terpaksa berulang-alik ke Sandakan kerana pihak pendakwaan meminta ‘macam-macam’ sehingga pihaknya melakukan lebih banyak siasatan terperinci.
“Ramai yang sebenarnya tidak faham, proses ini akan memakan masa. Kita sudah hantar dua kali fail berhubung siasatan kes ini dan pejabat Peguam Negara telah memberikan beberapa arahan tertentu berkaitannya.
“Dapatkan keterangan itu, keterangan ini. Juga mendapatkan kenyataan daripada individu itu dan ini secara berulang, pasukan kita juga berulang alik dari sini ke Sandakan dan sebaliknya. Itu yang akan makan masa.
“Ada pihak yang saya rasa tidak faham dengan membuat andaian, patutnya mereka terima SOP untuk kes-kes sebegini adalah seperti ini.
“Bila pegawai penyiasat menyiasat dan menyiapkan kertas siasatan tersebut, selepas seketika fail itu akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
“Ketika Pejabat Peguam meneliti maklumat dan mendapati masih terdapat bukti-bukti yang perlu diperolehi terlebih dahulu, mereka akan arahkan. Pegawai siasatan yang menerima arahan itu akan bertindak untuk memenuhi arahan itu.
“Itulah caranya, sangat mudah untuk di fahami sebenarnya,” katanya. –MalaysiaGazette


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

1 comment:

Anonymous said...

Post la kat sini Pak Asyim.....gua pm boleh....boleh kongsi aib org

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails