Ada pihak tertentu sudah panik, dakwa Zuraida
KUALA LUMPUR – Ada pihak sudah panik apabila polis semakin hampir mendedahkan dalang di sebalik penyebaran klip video seks songsang yang dikaitkan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Sementara siasatan polis semakin hampir mendedahkan dalang di sebalik plot (penyebaran klip video seks), nampaknya ada pihak tertentu yang panik,” kata Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin kenyataan media malam ini.
Walaupun tidak menyebut nama namun Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin yang menggesa agar ahli politik yang dikaitkan dengan klip video seks itu bercuti.
Shamsul dalam kenyataan medianya mempersoalkan proses penyiasatan polis berhubung video seks itu yang menurutnya ‘beralih kepada penyebaran video lucah dan bukannya ketulenan video’.
Zuraida dalam masa yang sama mempersoalkan ahli politik yang menurutnya setiap hari mengulas isu klip video seks berkenaan sedangkan polis sedang melakukan siasatan.
“Polis perlu diberikan ruang untuk melakukan tugas tanpa diberi tekanan politik daripada mana-mana pihak,” katanya.
Zuraida juga mengungkit klip video seks yang mengaitkan Presiden PKR Anwar Ibrahim pernah disebarkan namun semua pemimpin PKR bersatu mengecam ia sebagai konspirasi politik.
“Kini, orang yang mengambil pendirian itu dulu memberi ruang kepada politik longkang dengan bercakap tentang kesahihan video.
“Malah, ada yang menggesa agar pihak yang dikaitkan supaya melepaskan jawatan dalam kerajaan. Kami tidak membuat gesaan seperti itu apabila video seks yang mengaitkan Anwar sebelum ini disebarkan.
“Kami, termasuk Azmin, berdiri teguh bersama Anwar ketika itu. Atas semangat reformasi, kami menolak politik longkang. Kini apa sudah jadi dengan semangat politik bersih untuk membina negara?” soalnya.
Zuraida seterusnya mahu semua pihak berhenti membuat kenyataan yang menurutnya hanya bagi kepentingan dan agenda sendiri serta membenarkan polis menjalankan siasatan secara profesional.- MalaysiaGazette
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa agaknya? Kita sama-sama tunggu..
Lihat lagi..
- Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)
- Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)
- Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)
No comments:
Post a Comment